Page 1047 - e Prosiding Serai 2021
P. 1047

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menengah dalam kawasan bandar atau di luar bandar dan tidak mengira jantina. Salah satu
               kes yang melibatkan tingkah laku agresif yang membawa kepada kes buli adalah di mana 23

               orang pelajar sekolah yang mengaku bersalah membuli dan memperlakukan rakan mereka
               secara agresif di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu (Berita Harian, 2018), sementara
               terdapat juga tingkah laku agresif 9 pelajar di Shah Alam yang memukul rakan sekelas mereka

               ( Berita Harian, 2019).

                          Senario yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa remaja masa kini memerlukan

               bimbingan berterusan dari orang dewasa untuk kelangsungan hidup mereka. Keadaan ini
               memerlukan kaunselor mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah tingkah

               laku  agresif  yang  tidak  berkesudahan  ini.  Salah  satu  pendekatan  yang  disarankan  dalam
               menangani  masalah  tingkah  laku  agresif  di  kalangan  pelajar  sekolah  adalah  melalui
               pendekatan Islam (Manap, 2015).




               Objektif


               Objektif penyelidikan ini adalah untuk mencapai sebagaimana yang berikut;

                   1.  Mengenalpasti nilai moral berdasarkan pemikiran Abdullah Nasih Ulwan yang dapat

                       diterapkan  kepada pelajar sekolah menengah.

                   2.  Mengenal pasti elemen proses kaunseling Islam yang dapat diterapkan kepada pelajar

                       sekolah menengah.

               SOROTAN KAJIAN


               Kelakuan Agresif

               Kesedaran masyarakat terhadap pendekatan Kaunseling Islam secara amnya menunjukkan

               pertumbuhan yang positif dari semasa ke semasa. Oleh kerana kesedaran dan penerimaan
               masyarakat terhadap aspek ketuhanan dalam kehidupan, pendekatan terapi kaunseling Islam
               terus  relevan  dan  mendapat  tempat  dalam  kalangan  kaunselor  terutamanya  kaunselor

               Muslim.

                         Sorotan kajian mendapati bahawa kajian mengenai pemikiran Abdullah Nasih Ulwan

               berkisar  mengenai  pendidikan  anak-anak.  Pendekatan  terapi  kaunseling  Islam  dalam
               menangani masalah tingkah laku agresif berdasarkan pemikiran sarjana ini adalah dimensi

               baru  dalam  dunia kaunseling  di  Malaysia.  Pemikiran  Abdullah  Nasih  Ulwan  akan menjadi
               tonggak  terapi  kaunseling  Islam  dalam  menangani  tingkah  laku  agresif  dalam  kalangan
               pelajar sekolah menengah. Pandangan ini adalah berdasarkan kepada kekuatan sarjana ini


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1029
   1042   1043   1044   1045   1046   1047   1048   1049   1050   1051   1052