Page 1048 - e Prosiding Serai 2021
P. 1048

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dalam  membincangkan  mengenai  pendidikan  anak-anak  dalam  bukunya  yang  berjudul
               Pendidikan Anak-anak dari sudut pandangan Islam, yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan

               Islam Malaysia (JAKIM, 1998).

                          Menurut Yahaya et al., (2010), faktor yang mempengaruhi tingkah laku agresif dalam

               kalangan pelajar sekolah di Johor Bahru merangkumi persekitaran sekolah, latar belakang
               keluarga, sikap pelajar, psikologi dan rakan sebaya. Tahap keganasan dalam kalangan 260
               pelajar  sekolah  yang  terlibat  sebagai  responden  adalah  tinggi.  Jenis  keagresifan  yang

               dicactatkan  merangkumi  fizikal,  verbal  dan  anti-sosial.  Selanjutnya,  Yahaya  et  al.,  (2011)
               menyatakan bahawa persepsi pelajar terhadap tindakan dan jenis tingkah laku agresif adalah

               agak tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku verbal dan anti-sosial
               dengan pendapatan ibu bapa. Sekolah, guru, rakan, dan pelajar perlu bekerjasama dalam
               mewujudkan persekitaran sekolah yang baik dan selesa untuk mengelakkan budaya tingkah

               laku agresif. Satu penyelidikan yang dijalankan oleh (Hsieh & Chen, 2017) ke atas 80 pelajar
               ijazah kelas pertama di sebuah universiti di Taiwan melalui permainan pertandingan reaksi

               masa (competitive reaction time game) berdasarkan Paradigma Agresif Taylor. Hasil kajian
               menunjukkan  bahawa  responden  dengan  tahap  perencatan  rendah  mempunyai  tahap
               provokasi  yang  tinggi.  Dapatan  kajian  ini  menyumbang  kepada  maklumat  mengenai

               perkembangan program pemulihan tingkah laku agresif. Selain itu, satu lagi kajian iaitu yang
               dilakukan oleh (Kruti & Melonashi, 2015) di sebuah sekolah di metropolis Albania terhadap
               sekumpulan pelajar berusia 17 tahun mendapati bahawa umur peringkat remaja merupakan

               peringkat umur paling kritikal di mana remaja akan memberontak kerana pada usia inilah
               mereka mula terdedah dan terpengaruh dengan berbagai perkara terutamanya yang negatif.
               Responden kajian yang berasal dari pelbagai latar belakang ekonomi dan dapatan kajian ini

               membuktikan  bahawa  tahap  keagresifan  yang  ditunjukkan  agak  membimbangkan  tetapi
               kajian ini tidak menjalankan eksperimen mengenai aspek perilaku sebenar yang berlaku di

               dunia nyata. Selain itu, kajian Manap (2015) untuk mengenal pasti tahap kefahaman 167 guru
               pendidikan Islam mengenai tingkah laku agresif dan sub-agresif yang menyebabkan buli, jenis
               buli,  lokasi,  kekerapan  buli,  faktor  buli,  tindakan  untuk  mengatasi  dan  mencegah  buli

               mendapati bahawa 87.2 peratus memahami jenis buli, 84 peratus setuju bahawa buli berlaku
               di sekolah sementara 77.7 peratus mengakui bahawa buli berlaku di sekolah kerana faktor

               keluarga, rakan sebaya dan sekolah. Penyelidik juga mencadangkan bahawa pendekatan
               Islam adalah merupakan satu cara dalam menangani tingkah laku buli di sekolah. Menurut
               Yaacob  (2010),  tingkah  laku  agresif  dalam  diri  kanak-kanak  adalah  disebabkan  oleh
               kurangnya  perhatian.  Kajian  ini  membandingkan  tingkah  laku  agresif  di  antara  anak-anak

               yang berada di bawah pengawasan ibu mereka sendiri dan anak-anak yang bukan di bawah





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1030
   1043   1044   1045   1046   1047   1048   1049   1050   1051   1052   1053