Page 1050 - e Prosiding Serai 2021
P. 1050

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Dapatan dan Perbincangan


               Seorang  kaunselor  seharusnya  biasa  dan  mahir  dengan  pelbagai  kemahiran  dan  teknik
               kaunseling.  Ini  penting  kerana  ianya  dapat  memberikan  keyakinan  kepada  kaunselor  dan
               klien. Terdapat  beberapa  pendekatan  oleh  Abdullah  Nasih  Ulwan  dalam membantu klien.

               Empat  pendekatan  utama  telah  dikenal  pasti  iaitu  tanggungjawab  pendidikan  iman,
               tanggungjawab  mendidik  akal,  tanggungjawab  kesedaran  dan  tanggungjawab  pendidikan
               jiwa. Selain itu, beberapa pendekatan proses kaunseling lain juga dibincangkan dalam kertas

               konsep ini.

               Tanggungjawab Pendidikan Iman


               Abdullah Nasih Ulwan (2000) menggariskan empat cara untuk menerapkan pendidikan iman
               kepada  anak-anak.  Cara  pertama  adalah  dengan  memulakan  kehidupan  anak  dengan

               ungkapan La ila ha ilallah. Kalimat ini akan menjadi kalimat pertama yang akan didengar oleh
               bayi melalui Adzan ketika dilahirkan. Kedua, ajarkan kepada anak-anak tentang hukum halal

               dan  haram  ketika  mereka  mula  memahami,  agar  mereka  membesar  dengan  sedar  dan
               mengakui tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah SWT. Mereka akan melaksanakan
               semua perintah-Nya, meninggalkan semua larangan-Nya dan akan dapat mengakui Islam

               sebagai agama yang sempurna yang merangkumi semua aspek kehidupan.

                         Ketiga, mengajarkan anak-anak untuk melakukan ibadah setelah berusia tujuh tahun.

               Ini bertujuan untuk membiasakan anak-anak dengan suasana ibadah. Setelah mencapai usia
               baligh,  konsep  ibadah  bukanlah  konsep  yang  asing  bagi  mereka  dan  tidak  akan  menjadi

               beban  bagi  mereka.  Akhir  sekali,  didik  anak-anak  mengenai  konsep  cinta  kepada  Nabi
               Muhammad dan keluarganya dan tanamkan perasaan cinta untuk membaca Al-Quran. Al-
               Quran perlu menjadi rutin harian untuk membentuk akhlak yang mulia. Keperibadian mulia

               Nabi  Muhammad  dan  keluarganya  harus  menjadi  teladan  utama  untuk  diikuti  dan
               mengamalkan sunnah dalam kehidupan sama ada melalui perbuatan atau komunikasi lisan.
               Penjelasan  di  atas  menunjukkan  bahawa  pelaksanaan  pendidikan  iman  pada  anak-anak

               bermula  ketika  mereka  mencapai  usia  baligh.  Dalam  konteks  kaunseling  Islam,  pelbagai
               bentuk kepercayaan dan pemikiran yang menjadi asas kepada kepercayaan seorang Muslim
               dapat disesuaikan dengan proses kaunseling, terutama dalam proses penyusunan semula

               pemikiran klien agar sesuai dengan kehendak Islam. Ini kerana objektif utama kaunseling
               Islam adalah untuk menghasilkan rawatan yang berkesan dan beretika kepada klien Muslim

               (Hamdan, 2008).






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1032
   1045   1046   1047   1048   1049   1050   1051   1052   1053   1054   1055