Page 1070 - e Prosiding Serai 2021
P. 1070
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN KARANGAN BERGAMBAR BERBANDING
KAEDAH ISI PENTING KEPADA PENUTUR ASING
2
1
Samsiyah Malaheng MA ., Kamiliya Hayeehasa MA ., dan Dahlia Janan PhD 3
1 Thaksin University
2 Princess of Naradhiwas University
3 Universiti Pendidikan Sultan Idris
samsiyah@tsu.ac.th
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan antara penggunaan kaedah bergambar dan
kaedah isi penting dalam pengajaran penulisan karangan. Reka bentuk kajian ini adalah
kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Sampel kajian terdiri daripada
30 orang pelajar tahun pertama di sebuah universiti di selatan Thailand. Dua kumpulan pelajar
telah menerima kaedah pengajaran yang berbeza iaitu kaedah bergambar bagi kumpulan
rawatan dan kaedah isi penting bagi kumpulan kawalan. Ujian pra dan ujian pasca telah
dijalankan supaya dapat mengukur pencapaian pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan
terdapatnya perbezaan yang signifikan antara markah ujian pra dan pasca bagi kedua-dua
kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengajaran
menggunakan kaedah bergambar iaitu N15, P=0.000 (P≤0.05) manakala ujian –t untuk
kaedah isi penting menunjukkan nilaian N15, P=0.022 (P≤0.05). Kesimpulannya, walaupun
kedua-dua kaedah pengajaran ini sesuai digunakan untuk mengajar karangan bahasa Melayu
di universiti di selatan Thailand, kaedah bergambar didapati lebih berkesan.
Kata Kunci: Kaedah bergambar, kaedah isi peting, penulisan karangan, penutur asing
PENGENALAN
Penulisan karangan merupakan salah satu kemahiran asas bahasa yang diperlukan oleh
pelajar pada setiap peringkat pengajian. Banyak kegiatan penulisan bahasa yang memainkan
peranan dalam pembelajaran yang menghendaki pelajar menulis. Bermula dari peringkat
pengajian sekolah lagi. Seperti menulis tugasan mengarang, menulis untuk membuat laporan
dan sebagainya. Selain itu, kemahiran menulis ini juga memerlukan dalam situasi pekerjaan
sehari-harian, seperti kemahiran menulis diperlukan dalam surat-menyurat, teks ucapan,
laporan tahunan syarikat dan sebagainya (Marohaini Yusoff, 1999). Penulisan karangan yang
baik mempunyai elemen gaya bahasa yang indah dan halus. Setiap bait perkataan disusun
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1052

