Page 1072 - e Prosiding Serai 2021
P. 1072

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               lebih berstruktur dan sistematik. Hal ini memperlihatkan perubahan dalam pengajaran yang
               dapat menyokong dan memudahkan murid mendapatkan isi karangan dan juga meningkatkan

               mutu bahasa yang dihasilkan dalam karangan naratif.
                       Pemerenggangan  memainkan  peranan  yang  penting  dalam  penulisan  karangan.
               Melalui  pemerenggangan  yang  betul,  murid  dapat  memastikan  terdapat  kesinambungan

               cerita  dari  satu  perenggan  ke  perenggan  yang  lain.  Dengan  pemerengganan  yang  betul,
               penyelewengan karangan dapat dielakkan (Mohamed Izzat Mohamed Sarip, 2012).

                       Menurut Kasma Mohd Hayas dan Sabariah Abd Rahim & Alice Alim (2013), bantuan
               gambar  seperti  gambar  bersiri  adalah  sangat  sesuai  diaplikasikan  kepada  pelajar  untuk
               membantu  memperbaiki  keterampilan  mengarang  di  dalam  bahasa  asing  yang  dipelajari.

               Kesalahan nahu ialah kesalahan yang terdapat dalam struktur ayat. Ayat yang sempurna
               merupakan ayat yang ada kesalahan-kesalahan nahu (Mohamed Rodian b Ismail, Ahmad

               Redzaudin Ghazali, Dr. Khairatul Akmar Abdul Latif, Nor Effendy Ahmad Sokri, 2014).
                       Menurut Ismail (2009) dalam Yahya Othman dan Azmey Hj. Othman (2012), bahan-
               bahan grafik dan gambar-gambar yang dilukis mampu merangsang pemikiran, memudahkan

               pemahaman dan mengukuhkan daya ingatan para murid. Penggunaan peta minda sebagai
               bahan pengajaran akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan memberi ruang kepada
               para murid terlibat secara aktif.

                       Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas menunjukkan keberkesanan
               penggunaan kaedah bergambar berbanding kaedah isi penting kepada penutur asing dalam
               mengajar karangan di samping kemahiran dan kebolehan menulis karangan dalam kalangan

               pelajar asing. Terdapat keberkesanan penggunaan kaedah bergambar berbanding kaedah isi
               penting kepada penutur asing dalam mengajar karangan yang dipelajari. Selain itu, kemahiran

               dan kebolehan menulis karangan dalam kalangan pelajar asing berada di tahap yang berbeza
               untuk dikenal pasti.


               METODOLOGI KAJIAN

               Reka Bentuk Kajian
               Penyelidik ini dijalankan secara kaedah kuasi eksperimen. Responden dipilih menggunakan

               persampelan rawak, lalu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan
               kumpulan kawalan.


               Sampel Kajian
               Sampel  kajian  yang  dipilih  terdiri  daripada  pelajar  tahun  satu  di  Universiti  Fatoni,  Patani,

               selatan Thailand. Pengkaji memilih pelajar tahun satu ini kerana mereka sudah mempunyai
               pengalaman menulis karangan dalam semester satu dan dianggap mahir dalam penulisan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1054
   1067   1068   1069   1070   1071   1072   1073   1074   1075   1076   1077