Page 1071 - e Prosiding Serai 2021
P. 1071

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dengan baik sesuai dengan konteks ayat dan selari dengan matlamat penulisan (Suppiah
               Nachiappan, 2014).

                       Di selatan Thailand kemahiran menulis karangan bahasa Melayu merupakan salah
               satu komponen yang penting dalam pembelajaran. Oleh kerana pelajar di selatan Thailand
               kesukaan  pelajar  menulis  dalam  bahasa  Melayu  dialek  Patani  merupakan  perkara  yang

               memainkan  peranan  dalam  penulisan  karangan  bahasa  Melayu  standard.  Mereka  lebih
               banyak  menggunakan  perkataan-perkataan  dan  kosa  kata  bahasa  Melayu  dialek  Patani

               daripada bahasa Melayu yang standard. Selain itu, penggunaan huruf kecil dan huruf besar
               serta  struktur  tatabahasa  yang  masih  lemah  serta  tidak  memuaskan  dalam  penulisan
               karangan bahasa Melayu. Hal ini berpunca daripada pelajar selatan Thailand kurang berminat

               terhadap  pelajaran  serta  terdapat  juga  kelemahan  dalam  pengajaran  guru  untuk  menarik
               pelajar dalam pengajaran. Perkara ini telah menyebabkan pelajar lemah dalam pembelajaran

               dalam pembelajaran bahasa Melsyu terutamanya dalam menulis karangan.
                       Seterusnya  didapati  bahawa  pelajar  di  selatan  Thailand  masih  lagi  lemah  dalam
               menggunakan  bahasa  Melayu  standard  dalam  penulisan  karangan.  Che  Zanariah  Che

               Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011) berpendapat bahawa sikap guru juga menjadi salah
               satu faktor kegagalan pelajar dalam menguasai kemahiran menulis. Menurut Mohamed Izzat
               Mohamed  Sarip  (2012)  mengatakan  bahawa  kemahiran  karangan  merupakan  komponen

               yang  penting  dalam  peperiksaan  bahasa  Ibunda.  Kecenderungan  murid  menulis  dalam
               bahasa Inggeris merupakan masalah yang ketara dalam penulisan karangan. Mereka lebih
               memahami kosa kata dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Ibunda sendiri. Hal demikian

               didapati  bahawa  karangan  murid  lemah  hampir  dalam  semua  aspek,  iaitu  dari  segi
               pemerengganan, bahasa dan isi. Murid juga lemah dari segi kosa kata. Dengan berpandukan

               kata bantuan yang diberikan, murid hanya mampu menghasilkan karangan yang mudah dan
               tidak menarik dari segi susunan cerita.


               Hipotesis
                   1.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi kumpulan

                       yang mengikuti kaedah belajar penulisan menggunakan kaedah bergambar.
                   2.  Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi kumpulan
                       yang mengikuti kaedah belajar penulisan menggunakan kaedah isi penting.


               SOROTAN LITERATUR

               Menurut  dapatan  kajian  yang  bertajuk  keberkesanan  teknik  BKEMAS  dalam  pengajaran

               kemahiran menulis karangan naratif oleh Rosnita Hamid dan Sarifah Hassan (2013), setelah
               murid melalui teknik BKEMAS ini, murid yakin membaca ayat dalam penulisan mereka yang



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1053
   1066   1067   1068   1069   1070   1071   1072   1073   1074   1075   1076