Page 1075 - e Prosiding Serai 2021
P. 1075
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ini ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca
bagi kumpulan yang mengikuti kaedah belajar penulisan menggunakan kaedah isi penting.
PERBINCANGAN
Dalam Jadual 1 di atas, adalah didapati bahawa teknik penggunaan kaedah bergambar
merupakan salah satu unsur kreatif dalam pengajaran bahasa seperti pengajaran karangan
kerana penggunaan kaedah bergambar menunjukkan perkaitan idea dan membantu
menghasilkan penulisan yang berkesan. Menurut Abdul Rasid Jamian, Samsudin Othman
dan Humaizah Hashim (2012), menjelaskan bahawa penggunaan bahan kartun sebagai
bahan pembelajaran penulisan karangan, memudahkan murid dalam mengingati peristiwa
yang telah mereka pelajari dan sekaligus membolehkan mereka menghasilkan karangan yang
lebih bermutu.
Walaupun pelajar Universiti Fatoni mampu menulis karangan bahasa Melayu dengan
menggunakan kaedah bergambar namun demikian mereka masil perlu menambah baikan
penulisan karangan dari segi penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, penggunaan huruf
kecil huruf besar dan seumpamanya. Hal ini menunjukkan pelajar masih kurang menguasai
penulisan karang sepenuhnya.
Hal selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Mohamad Abdul Rahman (2000)
yang menunjukkan bahawa sejumlah 279 kesilapan tatabahasa yang berkaitan dengan
penggunaan kata (kata pemeri, kata sendi di dan kata jamak) yang telah dilakukan adalah
didapati daripada jumlah tersebut kesilapan penggunaan kata sendi di merupakan kesilapan
yang paling bermasalah, diikuti kesilapan penggunaan kata jamak dan kata pemeri.
Dalam Jadual 2 di atas, didapati bahawa fenomena “chalk and talk” masih sebati
dengan kaedah pengajaran tradisional di sekolah sehingga kebanyakan guru masih
mengamal kaedah tradisional ini. Bagi mereka, itulah cara yang terbaik dan pelajar tetap
memahami isi pelajar dengan menggunakan kaedah ini (Suppiah Nachiappan, 2014). Dengan
yang demikian di Universiti Fatoni juga masih menggunakan kaedah tradisional, iaitu kaedah
yang menggunakan isi penting dalam mengajarkan karangan. Isi-isi yang disediakan dapat
memberi kemudahan kepada pelajar untuk menghasilkan karang yang baik dengan
menggunakan isi-isi yang telah disediakan. Hal ini ada kekurangannya iaitu pelajar tidak
menghasilkan karangan yang berdasarkan idea mereka sendiri.
KESIMPULAN
Suppiah Nachiappan (2014), menjelaskan bahawa bahasa Melayu mempunyai fungsi dan
peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah umumnya dan dalam
mengasah kemahiran menulis khususnya. Kemahiran menulis yang baik menekankan aspek-
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1057

