Page 1073 - e Prosiding Serai 2021
P. 1073
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
karangan. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada dua
kumpulan setiap kumpulan seramai 15 sampel ditetapkan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B.
Lokasi Kajian
Lokasi kajian ini dijalankan di wilayah Patani, Thailand. Tempoh eksperimen yang dijalankan
adalah beberapa seminggu. Lokasi kajian ini dipilih kerana penyelidik juga berasal dari
wilayah Patani, maka hal ini akan memudahkan pengkaji untuk menguji tulisan karangan pra
ujian dan pasca ujian.
Alat Kajian
Instrumen kajian ini ialah dua set soalan ujian karangan, iaitu karangan bergambar dan
karangan isi penting untuk mengukur kebolehan pelajar dalam penulisan karangan. Panjang
karangan yang perlu ditulis oleh pelajar bagi ujian ini tidak kurang daripada 120 patah
perkataan.
Prosedur Pengumpulan Data
Kajian ini bercorak kuasi eksperimen yang dijalankan di sebuah Universiti Fatoni, Patani
melibatkan 30 sampel seramai 15 orang diletakkan dalam kumpulan karangan yang
menggunakan kaedah bergambar dan 15 orang diletakkan dalam kumpulan karangan yang
menggunakan kaedah isi penting. Prosedur kajian dalam kajian ini dapat dilihat dalam rajah
1 yang menunjukkan cara kajian ini dijalankan
UJIAN PRA
Karangan bergambar
Karangan isi penting
Interaksi membuat
Interaksi membuat karangan
karangan menggunakan kaedah
menggunakan isi penting
kaedah bergambar
UJIAN
PASCA
Rajah 1 : Prosedur Kajian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1055

