Page 1074 - e Prosiding Serai 2021
P. 1074

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               Kumpulan karangan bergambar dan karangan isi penting diberi ujian pra sebelum intervensi

               membuat  karangan  menggunakan  kaedah  bergambar  dan  kaedah  isi  penting  intervensi
               menggunakan  kedua-kedua  kaedah  tersebut  dilaksanakan  selama  50  minit  dalam  tamat
               tempoh  intervensi  tersebut,  ujian  pasca  telah  dijalankan  kepada  dua  kumpulan  tersebut

               dengan menggunakan set soalan karangan yang sama semasa ujian pra dilakukan untuk
               melihat  keberkesanan  intervensi  cara  membuat  karangan  menggunakan  gambar  dan  isi

               penting dan hasil karangan sampel ujian pra dan ujian pasca dibuat perbandingan.

               DAPATAN KAJIAN


               Analisis Data:
               Hipotesis 1  Tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan antara  markah  pra  dan  pasca  bagi
               kumpulan yang mengikuti kaedah belajar penulisan menggunakan kaedah bergambar.

                                                         Min        Sisihan Piawai Ujian T

               Kaedah bergambar  Ujian pra         46.06                    3.05        0.000
                                             Ujian pasca   52.46               2.61
                              Jadual 1 skor min ujian pra bagi kaedah bergambar


               Berdasarkan jadual di atas analisis skor min ujian pra bagi kaedah bergambar ialah 46.06

               (SP=3.05). Untuk skor min ujian pasca bagi kaedah bergambar pula ialah 52.46 (SP=2.61).
               Berdasarkan Ujian T untuk kaedah bergambar ialah P=0.000 (P≤0.05) maka hipotesis kajian
               ini ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca

               bagi kumpulan yang mengikuti kaedah belajar penulisan menggunakan kaedah bergambar.


               Hipotesis 2  Tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan antara  markah  pra  dan  pasca  bagi
               kumpulan yang mengikuti kaedah belajar penulisan menggunakan kaedah isi penting.



                                  Jadual 2 : Skor Min Ujian Pra Bagi Kaedah Isi Penting

                                                     Min           Sisihan Piawai              Ujian T
               Kaedah isi penting    Ujian pra     48.93                    6.23             0.022
                                               Ujian pasca    52.80            3.50



               Berdasarkan jadual di atas analisis skor min ujian pra bagi kaedah isi penting  ialah 48.93
               (SP=6.23). Untuk skor min ujian pasca bagi kaedah isi penting pula ialah 52.80 (SP=3.50).
               Berdasarkan Ujian T untuk kaedah isi penting ialah P=0.022 (P≤0.05) maka hipotesis kajian


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1056
   1069   1070   1071   1072   1073   1074   1075   1076   1077   1078   1079