Page 1078 - e Prosiding Serai 2021
P. 1078

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA ASING DALAM KEFAHAMAN MEMBACA
                                                TEKS BAHASA MELAYU

                   Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi , Dahlia Janan Ph.D , Azizah Arsad , Revathi Raja
                                                  1
                                                                       2
                                                                                       3
                                                    4
                                              Gopal , Nor Akma Mat Nawi    5

                                          1,2,3,4,5 Universiti Pendidikan Sultan Idris
                                                  sirhafizs@gmail.com


                                                       ABSTRAK



               Bahasa  Melayu  pernah  menjadi  lingua  franca  pada  suatu  ketika  dahulu.  Bahkan  bahasa
               Melayu  mampu  melahirkan  penutur  bukan  jati  yang  fasih  untuk  berbahasa  Melayu  serta
               memahami  teks  bahasa  Melayu.  Ini  menunjukkan  bahawa  bahasa  Melayu  mempunyai

               keupayaan untuk disebar luaskan ke serata dunia. Kajian ini melibatkan tujuh orang peserta
               yang  terdiri  daripada  kumpulan  pelaksana,  pihak  berkepentingan  dan  pihak  luar.  Data
               dianalisis  secara  deskriptif menggunakan  perisian  Atlas.ti  9.  Dapatan kajian  menunjukkan

               bahawa tiada teknik pengajaran yang khusus dalam pengajaran kefahaman membaca agar
               penutur bukan jati bahasa Melayu dapat memahami bahan bacaan bahasa Melayu. Bukan
               sahaja itu, pendekatan pengajaran secara khusus terhadap penutur bukan jati bahasa Melayu

               juga tiada seperti mana bahasa Inggeris. Kebanyakan pendidik hanya menggunakan kaedah
               sedia  ada  dan  kemudian  disesuaikan  mengikut  keadaan  pelajar.  Pendekatan  pengajaran

               bahasa  asing  boleh  diterapkan  dengan  diubahsuai  mengikut  iklim  semasa  agar  bahasa
               Melayu  terus  berkembang.  Pendekatan  pengajaran  bahasa  asing  yang  diubahsuai  boleh
               diterapkan dan dilihat lebih sesuai kerana mudah diterima, mudah diaplikasikan serta dekat

               dengan persekitaran penutur bukan jati bahasa Melayu sama ada di dalam mahupun di luar
               negara.  Oleh  itu,  pengajaran  yang  sesuai,  tenaga  pengajar  yang  mempunyai  kemahiran

               khusus serta pembelajaran dengan kaedah yang tepat dapat melahirkan pengguna bahasa
               Melayu yang cekap serta mencintai bahasa Melayu.


               Kata kunci: Pengajaran bahasa asing, kefahaman membaca, bahan bacaan, bahasa Melayu

               PENGENALAN


               Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sering digunakan di Nusantara. Pengguna bahasa
               Melayu juga telah menjangkau 300 juta (Ku Hasnita et al., 2013; Karim et al., 2018). Di Asia

               Tenggara  sahaja,  terdapat  beberapa  negara  yang  menjadikan  bahasa  Melayu  sebagai
               bahasa kebangsaan. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai kedudukan dan
               dipelihara kelangsungannya daripada kepupusan. Kepupusan bahasa Melayu mungkin tidak


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1060
   1073   1074   1075   1076   1077   1078   1079   1080   1081   1082   1083