Page 1079 - e Prosiding Serai 2021
P. 1079
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
akan terjadi, tetapi kedudukan bahasa yang dahulu besar beralih kepada bahasa yang kecil
(Rahilah Omar, Nasrun Alias & Teo Kok Seong, 2016).
Dalam masa yang sama, penerimaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa
menunjukkan petanda positif. Pengajian Melayu mendapat tempat seperti di Jerman (Awang
Sariyan, 2011; Noor Zuhidayah et. al., 2016), Moscow dan negara China (Victor, 2011; Ku
Hasnita et. al., ,2013; Awang Sariyan, 2017). Secara tidak langsung, keadaan ini
menunjukkan bahasa Melayu boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai suatu
bahasa untuk berkomunikasi. Hal ini tidak akan tercapai hanya dengan berkomunikasi kerana
para pelajar ini juga perlu membaca dan memahami teks bahasa Melayu agar kemahiran
berbahasa mereka berada dalam keadaan yang tekal.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini ingin melihat pendekatan pengajaran bahasa Melayu secara khusus bagi
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur bukan jati bahasa Melayu.
Selain itu, kajian ini turut ingin melihat pendekatan khusus pengajaran terhadap kefahaman
membaca bagi penutur bukan jati bahasa Melayu.
SOROTON LITERATUR
Sebagai langkah awal untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN, Kerangka
Standard Bahasa Melayu (KSBM) diperlukan sebagai rujukan tingkat penggunaan penutur
bahasa Melayu seterusnya dapat menambah baik penggunaan bahasa mereka (Karim et al.,
2018). Piawaian standard sebegini bukanlah suatu yang asing. Di Amerika Syarikat, terdapat
satu garis panduan yang menggariskan keperluan pelajar sekolah bagi setiap gred untuk mata
pelajaran bahasa dan Matematik yang dikenali sebagai The Common Core State Standard
(CCSSO, 2010).
Penyelidik melihat keadaan ini amat memberangsangkan kerana bahasa Melayu
mengikuti jejak bahasa lain dalam merangka suatu piawaian standard bagi penuturnya.
Meskipun begitu, bahasa Melayu masih ketinggalan daripada aspek kaedah pengajaran dan
penyampaian bahasa Melayu kepada penutur bukan jati bahasa Melayu. Jika dibandingkan
dengan bahasa Inggeris, bahasa Melayu belum mempunyai kaedah pengajaran bahasa
sebagai bahasa kedua, bahasa asing mahupun sebagai lingua franca yang jelas atau secara
khusus untuk membantu tenaga pengajar mengajar bahasa Melayu yang sekali gus mampu
mengembangkan bahasa Melayu bukan sahaja di Nusantara malahan sehingga ke peringkat
antarabangsa.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1061

