Page 1080 - e Prosiding Serai 2021
P. 1080

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Meskipun terdapat kajian yang menunjukkan penerimaan positif penutur bukan jati terhadap
               bahasa Melayu di luar negara (Awang Sariyan, 2011; Victor, 2011; Ku Hasnita et al.,2013;

               Noor  Zuhidayah  et.  al.,  2016;  Awang  Sariyan,  2017),  terdapat  juga  pelajar  yang  tidak
               bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu di Malaysia (Juwairiah et. al., 2021). Selain
               daripada aspek motivasi pelajar, kaedah atau pendekatan pengajaran perlu dititik beratkan.

               Jika dilihat daripada aspek pengajaran, meskipun terdapat pelbagai teknik atau pendekatan
               tersedia untuk digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa Melayu kepada penutur bukan

               jati,  tidak  ada  satu  kaedah  pun  yang  dapat  memanfaatkan  sepenuhnya  potensi  pelajar
               (Mazlina Baharudin & Azlina Md Sadik, 2016).
                       Hal  ini  amat  penting  kerana  pengajaran  bahasa  yang  tepat  dapat  meningkatkan

               kemahiran  berbahasa  pelajar.  Daripada  tiga  kemahiran  asas  dalam  bahasa  Melayu,
               kemahiran membaca dilihat sebagai kemahiran asas yang penting bagi penutur bukan jati

               bahasa  Melayu.  Hal  ini  kerana  penguasaan  terhadap  kemahiran  membaca  bukan  sahaja
               dapat meningkatkan aspek bacaan, malahan melibatkan aspek kefahaman, lisan dan juga
               menulis.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kaedah temu bual separa struktur digunakan

               bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Kajian ini melibatkan tujuh orang peserta kajian
               yang  terdiri  daripada  ketua  panitia,  pegawai  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD),  pegawai

               Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan
               pensyarah universiti awam di Malaysia. Berikut merupakan pecahan bilangan peserta kajian:


                                            1
                                                                  2
                                                                                          Ketua Panitia
                                 1
                                                                                          PPD
                                                                                          JPN
                                                                                          KPM
                                   1                                                      Universiti Awam

                                                              2

                                             Rajah 1: Pecahan peserta kajian


               Dalam mengutip maklumat yang diperlukan dalam kajian, terdapat beberapa prosedur yang
               menjadi sandaran. Berikut merupakan prosedur bagi mengutip data dalam kajian ini:







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1062
   1075   1076   1077   1078   1079   1080   1081   1082   1083   1084   1085