Page 1082 - e Prosiding Serai 2021
P. 1082
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 3: Dapatan temu bual
Rajah di atas memaparkan hasil yang diperoleh daripada temu bual. Jaringan kod yang
terbentuk menunjukkan perkaitan antara maklumat yang diperoleh antara pakar berkenaan
soalan yang diajukan. Dalam mencapai objektif kajian, berikut antara kenyataan pakar bidang
berkenaan pendekatan khusus dalam pengajaran bahasa Melayu dan juga pendekatan
pengajaran kefahaman terhadap teks bahasa Melayu:
“Sebab mereka (guru bahasa Inggeris) ada satu pendekatan pelajar iaitu pengajaran
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jadi pendekatan dia berbeza. Di sini
(Malaysia), tiada. Apabila kita dah masuk dalam medan perang baru kita belajar
sendiri. Apabila kita berperang dengan pelajar, baru kita tahu, tak boleh ajar (bahasa
Melayu) macam ni. Tapi guru bahasa Inggeris dah diajar, latih di maktab, latih bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua” (P3).
“Kalau kita nak mereka baca faham, baca faham, kita akan tertinggal yang jawab
soalan. Jadi sambil membaca ada strategi menjawab, itu sahajalah, pemahaman
habis (tiada)” (P5).
“Sebenarnya tiada strategi pengajaran khsusus yang dapat diterapkan dalam
pengajaran agar pelajar lebih memahami bahan bacaan. Hal ini dikatakan demikian
kerana strategi pengajaran bergantung terhadap pengetahuan dan kemahiran
pedagogi pengajar, kreativiti pengajar dan sebagainya” (P7).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1064

