Page 1083 - e Prosiding Serai 2021
P. 1083
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Daripada kenyataan yang dinyatakan, bahasa Melayu masih jauh untuk menjadi bahasa yang
dapat merentas benua. Namun begitu, keadaan ini tidak mengekang para pengajar untuk
mengajar bahasa Melayu kepada penutur bukan jati. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan
dalam menyampaikan pengajaran. Antara kenyataan pakar:
“Antara yang boleh kita guna, kita panggil pedagogi terbeza. Perlu ada dalam
pengajaran. Pedagogi terbeza ni penting” (P1).
“Dia macam interaksi dan komunikasi, banyakkan komunikasi. Tanya balik, soal jawab
balik dengan pelajar” (P5).
“Kita ambil kata kunci yang pembelajaran itu mesti satu yang menyeronokkan (didik
hibur). Tidak ada gunanya teori macam-macam ni, kalau pengajar itu pasif” (P2).
Hasil daripada temu bual dapat disifatkan bahawa sememangnya tiada kaedah pengajaran
yang khusus untuk penutur bukan jati bahasa Melayu. Tetapi kepelbagaian teknik dan kaedah
ada digunakan oleh tenaga pengajar untuk menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Penyelidik
melihat pendekatan pengajaran asing amat sesuai diterapkan dalam mengisi kelompangan
ini. Pendekatan pengajaran bahasa asing yang diubahsuai boleh diterapkan dan dilihat lebih
sesuai kerana mudah diterima, mudah diaplikasikan serta dekat dengan persekitaran penutur
bukan jati bahasa Melayu sama ada di dalam mahupun di luar negara
KESIMPULAN
Hasil daripada dapatan kajian, masih terdapat ruang yang perlu diisi oleh penyelidik bahasa
dalam mengembangkan bahasa Melayu bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi di peringkat
dunia. Bermula dengan negara Malaysia, kaedah ini boleh dikembangkan ke peringkat yang
lebih tinggi dan bukan sahaja memerlukan piawaian tetapi kaedah yang khusus mengikut iklim
atau suasana masyarakat antarabangsa. Seharusnya strategi pembelajaran bahasa Melayu
memerlukan pendekatan pembelajaran yang sistematik, menarik, interaktif dan berkesan
(Juwairiah et. al., 2021). Pendekatan bahasa asing boleh diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana bahasa asing merupakan bahasa bukan penutur jati di luar persekitaran
mereka (Moeller & Catalano, 2015). Pendekatan ini dilihat lebih sesuai untuk penutur bukan
natif bahasa Melayu di semua peringkat sama ada di dalam mahupun di luar negara.
CADANGAN
Berdasarkan situasi semasa, penyelidik mencadangkan agar pendekatan ini diterapkan
penggunaannya kepada murid bukan penutur jati bahasa Melayu bagi melihat keupayaannya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran bahasa asing ke dalam
kemahiran bahasa Melayu boleh diperluaskan kepada kemahiran lisan dan kemahiran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1065

