Page 1085 - e Prosiding Serai 2021
P. 1085
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN PENDEKATAN DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING DI THAILAND
1
Fadzilah Amzah , Mohamad Nizam Daud dan Muhammad Azizan Hafiz
2
3
2
3
1 Universiti Sains Malaysia, SMK Tunku Besar dan SMK Sungai Abong
fadzilahamzah@usm.my 1
ABSTRAK
Bahasa yang dikuasai setelah seseorang manusia menguasai bahasa pertamanya dipanggil
sebagai bahasa kedua. Malah hal ini bukan sahaja terhad kepada bahasa kedua tetapi juga
boleh diaplikasikan kepada bahasa ketiga, keempat dan seterusnya (Ellis, 2000). Matlamat
pendidikan bahasa sebagai bahasa kedua, ketiga atau bahasa asing adalah untuk
menjadikan seseorang individu itu lebih mahir berkomunikasi terutama dalam dunia tanpa
sempadan dewasa ini. Seperti bahasa lain, bahasa Melayu juga kini telah luas dipelajari
melalui penubuhan Kursi Pengajian Melayu di pelbagai universiti tersohor dunia serta
ditawarkan dan dipelajari sebagai bahasa asing di banyak institusi pengajian tinggi di seluruh
dunia. Namun proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing bukan satu proses
yang mudah dan boleh dipelajari secara alamiah semata-mata. Proses pembelajaran formal
yang menggunakan strategi pengajaran yang efektif amat diperlukan. Kertas kerja ini akan
membincangkan keberkesanan pendekatan didik hibur dalam mengajarkan bahasa Melayu
sebagai bahasa asing dalam program MICE anjuran Prince of Songkla Universiti, Thailand.
Berlandaskan teori pembelajaran sosial konstruktivis dengan memberi penekanan kepada
konsep zon perkembangan proksimal, kajian membuktikan bahawa kaedah nyanyian,
lakonan dan eksplorasi bahasa berkesan dalam mempelajari bahasa asing. Dapatan kajian
yang diperoleh melalui kaedah analisis dokumen dan temubual membuktikan bahawa
pendekatan didik hibur dapat membantu penguasaan kosa kata pelajar-pelajar Thailand serta
memberi keyakinan dan keseronokan kepada mereka dalam mempelajari bahasa Melayu
sebagai bahasa asing.
Kata kunci: pendekatan didik hibur, bahasa asing, teori pembelajaran sosial konstruktivis, zon
perkembangan proksimal.
PENGENALAN
Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa
telah tertulis dalam lipatan sejarah sejak zaman Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi dan sampai
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1067

