Page 1087 - e Prosiding Serai 2021
P. 1087

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               sekolah agama dan sekolah pondok. Tambahan pula, sifat bahasa Melayu yang berhubung
               rapat dengan agama Islam dan budaya Melayu yang menjadi pegangan majoriti penduduk di

               sana. Menuju ke bahagian tengah dan utara, kedudukan bahasa Melayu ialah bahasa asing
               selepas bahasa Thailand sebagai bahasa pertama dan bahasa Inggeris diangkat sebagai
               bahasa kedua. Menurut Phosan Jehwa (2014), perubahan dasar bahasa ini dibuat berikutan

               kekhuatiran akan pengaruh bahasa Melayu boleh menggoyahkan kedudukan bahasa Thai.
                       Pengajaran bahasa Melayu untuk penutur Thai secara rasminya telah dilaksanakan

               dalam  sistem  pendidikan  kebangsaan  sejak  abad  ke-19  (Paitoon  M.  Chaiyanara,  2001).
               Dewasa  ini,  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu  telah  dimasukkan  dalam  sistem  pendidikan
               kerajaan  dan  diajarkan  sebagai  bahasa  asing  di  sekolah-sekolah  dan  di  pusat-pusat

               pengajian  tinggi.  Banyak  institusi  pengajian  tinggi  sudah  menawarkan  pengajian  bahasa
               Melayu kepada pelajar-pelajarnya. Bahasa Melayu kini turut ditawarkan di Faculty of Liberal

               Arts & Management Science, Prince of Songkla University, Thailand melalui 2 kursus iaitu
               Malay  for  Hospitality  &  Malay  for  Tourism.  Bagi  meningkatkan  keberkesanan  proses
               pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Thailand, kursus ini telah diajarkan

               oleh penutur jati bahasa Melayu iaitu orang Melayu dari Malaysia, atas kesedaran bahawa
               bahasa itu lebih wajar diajarkan oleh penutur jati. Usaha pihak kerajaan dan sektor pendidikan
               di Thailand dalam usaha mendedahkan bahasa Melayu kepada pelajar dan rakyat awam amat

               menguntungkan  mereka.  Hal  ini  kerana  sektor  pelancongan  merupakan  antara  sektor
               ekonomi  negara  gajah  putih  ini  dan  kedudukan  geografi  kedua  negara  ini  menjadikan
               pelancong dari Malaysia merupakan antara kumpulan pelancong terbesar ke Thailand.

                       Namun, pembelajaran bahasa asing selain bahasa ibunda bukanlah sesuatu perkara
               yang  mudah  terutama  dalam  persekitaran  yang  tidak  menggalakkan  penggunaan  bahasa

               asing tersebut. Seseorang pengguna bahasa yang tidak memahami budaya berbahasa atau
               kekangan  sosial  yang  wujud  dalam  sesuatu  bahasa  berkemungkinan  besar  akan
               menghasilkan output bahasa yang kurang wajar atau tidak bersesuaian dengan keperihalan

               kaedah  atau  tuntutan  sesuatu  wacana  komunikasi  (Cho  Minsing  &  Puteri  Roslina  Abdul
               Wahid, 2013). Seseorang akan mengalami kesukaran dalam penguasaan bahasa asing jika

               dipelajari secara tidak formal atau melalui pembelajaran kendiri. Penguasaan bahasa asing
               selalunya diperoleh melalui pembelajaran, bukannya pemerolehan secara alamiah. Proses ini
               dilakukan dalam keadaan yang lebih formal dan memerlukan banyak latihan dan pengulangan
               sehingga menjadi satu tabiat. Oleh itu, pembelajaran ini memerlukan pendekatan atau kaedah

               yang  berkesan  untuk  memberikan  impak  yang  baik.  Kaedah  pengajaran  bahasa  Melayu
               sebagai ketiga atau bahasa asing memerlukan pendekatan atau kaedah yang efektif bagi

               memudahkan pelajar memahami asas-asas tatabahasa bahasa tersebut. Pendekatan didik
               hibur  merupakan  pendekatan  yang  paling  sesuai  digunakan  untuk  menjayakan  strategi
               pengajaran  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  asing.  Pemilihan  pendekatan  ini  bergantung


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1069
   1082   1083   1084   1085   1086   1087   1088   1089   1090   1091   1092