Page 1086 - e Prosiding Serai 2021
P. 1086

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               ke  kemuncak  pada  zaman  Kesultanan  Melayu  Melaka.  Pada  zaman  ini,  bahasa  Melayu
               menjadi bahasa lingua-franca dalam kalangan pedagang yang berdagang di Melaka. Kini,

               pada abad ke-21, bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang kini dipelajari sebagai bahasa
               asing  di  seluruh  dunia.  Hal  Ini  terlihat  melalui  penubuhan  Kursi  Pengajian  Melayu  yang
               ditubuhkan  di  pelbagai  universiti  terpilih  di  merata  dunia  seperti  Beijing  Foreign  Studies

               (BFSU), China Universiti Leiden, Belanda dan Ohio University, di Amerika Syarikat. Selain itu,
               bahasa Melayu sudah meluas dipelajari di institusi pendidikan tinggi luar negara seperti di

               negara Thailand, China, Rusia, Uzbekistan, Jepun, Korea, United Kingdom dan sebagainya.
                       Fokus  utama  program  pendidikan  bahasa  sebagai  bahasa  kedua,  ketiga,  malah
               bahasa  asing  adalah  untuk  menyediakan  pelajar  bagi  berhadapan  dengan  suasana

               perkembangan  ekonomi  semasa.  Setiap  bahasa  asing  mempunyai  nilai  ekonominya
               tersendiri.  Namun  pengajaran  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa asing  ini  menuntut kepada

               penggunaan pendekatan pengajaran yang berbeza berbanding proses pengajaran bahasa
               Melayu sebagai bahasa pertama. Amalan pengajaran yang berlandaskan teori konstruktivis
               sosial wajar dijadikan asas dalam proses pengajaran bahasa asing memandangkan proses

               komunikasi  dan  interaktif  aktif  yang  berlaku  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran
               (PdP) akan menjamin keberkesanan proses pembelajaran bahasa. Pendekatan didik hibur
               merupakan  antara  pendekatan  yang  sesuai  dilaksanakan  dalam  proses  pembelajaran

               bahasa. Ini sesuai dengan pendapat  Faridah Bavi (2018)  yang menyatakan kepelbagaian
               aktiviti dalam pendekatan didik hibur  dapat menghuraikan proses pembelajaran bahasa dari
               perspektif psikolinguistik yang menjelaskan fungsi persekitaran, proses interaksi dan fungsi

               pelajar  yang  aktif  dalam  membina  pengetahuan  dan  kemahiran  mereka  terhadap  bahasa
               yang dipelajari.


               SOROTAN LITERATUR

               Sorotan  literatur  akan  menyentuh  beberapa  isu  yang  berkaitan  dengan  kajian  ini  iaitu

               kedudukan  dan  fungsi  bahasa  Melayu  di  Thailand,  pendekatan  didik  hibur  dalam
               pembelajaran  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  asing  dan  paradigma  pembelajaran  sosial
               konstuktivis dalam menghuraikan proses pembelajaran bahasa.

                       Phosan Jehwa (2014) menyatakan bahawa kedudukan dan fungsi bahasa Melayu di
               Thailand  berkait rapat perkembangan faktor geografi, politik, ekonomi dan agama di sana.

               Dari  sudut  sejarah,  bahasa  Melayu  telah  diajarkan  di  Thailand  terutamanya  di  bahagian
               Selatan Thailand yang didiami oleh majoriti warga Thailand yang beragama Islam. Kedudukan
               bahasa Melayu di Thailand juga bergantung kepada faktor geografi negara gajah putih ini. Di

               bahagian  selatan  Thailand  seperti  di  Pattani,  Naratiwwat  dan  Yala,  bahasa  Melayu
               merupakan bahasa utama yang digunakan terutama dalam proses pendidikan di sekolah-



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1068
   1081   1082   1083   1084   1085   1086   1087   1088   1089   1090   1091