Page 1106 - e Prosiding Serai 2021
P. 1106

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               tekanan kerana waktu belajar yang lebih fleksibel. Selain itu, responden juga menyatakan
               pembelajaran dalam talian membolehkan mereka mengakses bahan kuliah di mana-mana

               dan pada bila-bila masa sahaja.

               Tahap Kepuasan Terhadap Pencapaian Akademik

               Data kuantitatif menunjukkan responden mencapai tahap kepuasan yang tinggi dengan nilai
               min 3.78 dan menunjukkan mereka berpuas hati dengan pencapaian akademik sepanjang

               sesi  pembelajaran  dalam  talian.  Dapatan  kualitatif  menunjukkan  sebilangan  besar
               menyatakan peningkatan dalam prestasi akademik mereka dan mencapai pointer yang lebih
               tinggi  berbanding  kelas  bersemuka  kerana  mereka  mampu  membuat  rujukan  semasa

               menjalani  Peperiksaan  Buka  Buku  (OBT).  Namun,  terdapat  juga  segelintir  mereka
               menyatakan kemerosotan dalam prestasi akademik semenjak menjalani pembelajaran dalam

               talian dan tidak kurang juga yang kurang berpuas hati kerana tidak memahami topik yang
               diajar melalui dalam talian kerana faktor keadaan tidak dapat bersemuka dengan pensyarah
               dan melihat bahan mengajar secara realiti berbanding kelas bersemuka.


               Pemantapan Penggunaan Teknologi
               Dapatan  kualitatif  juga  mencatatkan  melalui  pembelajaran  dalam  talian  membolehkan

               responden meneroka bahan-bahan dan perisian teknologi terkini dan menggunakan teknologi
               dengan lebih berkesan. Responden juga berharap ilmu teknologi maklumat dan komunikasi
               (TMK)  yang  dipraktikkan  sepanjang  pembelajaran  dalam  talian  dapat  membantu  mereka

               ketika menjadi guru kelak dan beranggapan ia sejajar dengan kehendak pembelajaran abad
               ke 21(PAK-21). Mereka juga berpendapat pembelajaran dalam talian membolehkan mereka

               mendapatkan maklumat yang luas daripada Internet dan tidak kurang juga yang menyatakan
               pembelajaran dalam talian mengaplikasikan teknologi yang menyeronokkan.


               KESIMPULAN KAJIAN

               Dapatan kajian ini memberi sumbangan literatur kepada bidang yang dikaji kerana kajian -
               kajian sebelum ini kebanyakannya merekodkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar ketika

               menjalani pembelajaran dalam talian. Namun, kajian ini mendapati di sebalik cabaran yang
               dihadapi  guru  pelatih  ketika  kekalutan  pandemik  melanda,  mereka  menyatakan  tahap

               kepuasan dalam pencapaian akademik mereka dan beranggapan pembelajaran dalam talian
               memberi peluang kepada mereka untuk lebih mendalami ilmu teknologi maklumat agar boleh
               dipraktikkan  apabila  berkhidmat  sebagai  guru  kelak.  Selain  itu,  dapatan  kajian  juga

               menunjukkan  guru  pelatih  berasa  seronok  dengan  pembelajaran  dalam  talian  kerana  ia
               bersifat  fleksibel.  Namun,  tidak  dinafikan  guru  pelatih  dalam  kajian  ini  turut  menghadapi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1088
   1101   1102   1103   1104   1105   1106   1107   1108   1109   1110   1111