Page 1105 - e Prosiding Serai 2021
P. 1105

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               rakan-rakan dan terpaksa menanggung kos data internet yang tinggi untuk mendapat capaian
               internet yang lebih baik.


               Bebanan Tugas / Tutorial
               Data kuantitatif menunjukkan bahawa responden memberi tanggapan sederhana terhadap

               bebanan tugasan yang diterima sepanjang pembelajaran dalam talian dengan nilai min 2.67.
               Data  kualitatif  menunjukkan  bahawa  14  (17.07%)  responden  menyatakan  mereka

               berpendapat  bebanan  tugas  diberikan  semasa  pembelajaran  dalam  talian  adalah  terlalu
               banyak  berbanding  kelas  secara  bersemuka.  Mereka  juga  menyatakan  tidak  mampu
               menyiapkan  tugasan  tutorial  yang  diberikan  dalam  Google  Classroom  kerana  pertindihan

               tarikh  dengan  tugasan  kerja  kursus  yang  turut  perlu  diselesaikan.  Responden  juga
               menyatakan  terdapat  juga  tugasan  diberikan  secara  tidak  menentu  dan  mereka  tidak

               menyedari  waktu  tugasan  itu  diberikan  dan  berharap  bebanan  tugasan  tutorial  dapat
               dikurangkan agar pembelajaran menjadi lebih efisien dan pelajar mampu menyiapkan segala
               tugasan diberikan dengan lebih berkualiti.


               Keberkesanan Komunikasi Bersama Rakan
               Responden mencatat min tinggi bagi keberkesanan komunikasi bersama rakan dengan nilai

               min 3.45 Data kualitatif menunjukkan responden mengalami masalah komunikasi bersama
               rakan kerana masalah capaian internet yang terhad, dan terdapat sebahagian rakan yang
               tidak memberi kerjasama yang baik dan sukar dihubungi semasa pembelajaran dalam talian

               lalu menjejaskan kerja kumpulan yang perlu dilaksanakan.


               Keberkesanan Komunikasi Bersama Pensyarah
               Data  kuantitatif  juga  menunjukkan  responden  mencatat  min  sederhana  terhadap
               keberkesanan  komunikasi  bersama  pensyarah  dengan  nilai  min  3.08.  Data  kualitatif

               menunjukkan terdapat responden yang mengalami masalah capaian internet dan sukar untuk
               berhubung dengan pensyarah. Namun, responden turut menyatakan sikap keterbukaan dan

               kesediaan  pensyarah  untuk  menjawab  pertanyaan  memudahkan  mereka  menjalani
               pembelajaran dalam talian dengan baik.

               Fleksibiliti Kuliah

               Data kuantitatif menunjukkan responden mencapai min yang tinggi dalam tahap kepuasan
               fleksibiliti kuliah dengan nilai min 3.41. Data kuantitatif ini seiring dengan data kualitatif dimana

               responden  menyatakan  mereka  mempunyai  lebih  banyak  ruang  waktu  untuk  menelaah
               sendiri  dan  boleh  menentukan  waktu  kuliah  dilaksanakan.  Responden  juga  menyatakan
               pembelajaran  dalam  talian  adalah  lebih  santai  dan  menyeronokkan  dan  tidak  memberi


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1087
   1100   1101   1102   1103   1104   1105   1106   1107   1108   1109   1110