Page 1133 - e Prosiding Serai 2021
P. 1133
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
guru dan Bahagian 3 yang mempunyai 2 soalan subjektif yang berbentuk kualitatif berfungsi
untuk mengukuhkan data kuantitatif. Platform Google Form telah digunakan sebagai medium
edaran untuk meninjau populasi. Kajian ini telah mencapai sasaran sampel iaitu sebanyak 57
sampel bagi jumlah populasi (N = 66). Pemilihan sampel-sampel tersebut merujuk kepada
Jadual Pensampelan Krecjie dan Morgan (1970).
Data yang diperoleh pada Bahagian 1 iaitu data demografi dan data Bahagian 2 yang meliputi
Cabaran, Kelebihan dan Tahap Kepuasan Pencapaian Akademik Pelajar PJ dianalisis secara
statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 26 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min. Dapatan data pada Bahagian 3
pula dianalisis menggunakan teknik pengekodan bertema untuk menyokong dapatan
Bahagian 2.
Interpretasi data kuantitatif adalah berdasarkan Jadual Interpretasi berikut diadaptasi
daripada kajian Fathen Suriati (2017).
Jadual 1:
Jadual Interpretasi
Interpretasi Nilai Min
Rendah 0.00 – 1.66
Sederhana 1.67 – 3.33
Tinggi 3.34 – 5.00
DAPATAN KAJIAN
Dapatan demografi responden adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2:
Data Demografi Responden
JANTINA
Valid Kekerapan Peratus
L 34 59.6
P 23 40.4
Jumlah 50 100.0
Statistik demografi menunjukkan 57 siswa guru Pendidikan Jasmani telah menjadi responden
dalam kajian ini, iaitu 34 (59.6%) merupakan siswa guru lelaki dan 23 (40.4%) merupakan
siswa guru wanita Kursus Pendidikan Jasmani. Jumlah responden ini adalah baik kerana ia
mengikut jumlah saranan yang dicadangkan dalam Jadual Persampelan Krejcie dan Morgan
(1970) untuk mewakili seluruh populasi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1115

