Page 1134 - e Prosiding Serai 2021
P. 1134

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Cabaran Dihadapi Siswa Guru Pendidikan Jasmani
               Jadual 3 di bawah menunjukkan rumusan min bagi dapatan data kuantitatif kajian ini.

               Jadual 3:
               Rumusan Nilai Min Cabaran Menyertai Pembelajaran Dalam Talian.
                    MIN CABARAN MENYERTAI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
                                                             N       Min   Sisihan piawai
                Kemampuan Capaian Internet                   57      3.0        1.368
                                                                      5
                Kemampuan Memahami Kandungan                 57      3.2        1.191
                                                                      1
                Kemampuan Melakukan Aktiviti Fizikal         57      3.5      1.10037
                                                                      0
                COVID-19 Adalah Penghalang                   57      3.0        1.353
                                                                      9
                Sokongan Pensyarah                           57      2.6      1.12411
                                                                      3
                Sokongan Rakan                               57      2.9        1.395
                                                                      8
                Kemampuan Mengekalkan Kesihatan              57      2.7      1.16544
                Mental Dan Persekitaran                               5
                                       Valid N (listwise)    57


               Berikut merupakan rumusan terhadap komponen-komponen yang mempengaruhi kesediaan
               siswa guru Pendidikan Jasmani untuk menghadapi pembelajaran dalam talian. Dapatan ini

               adalah meliputi data kuantitatif daripada 57 orang responden dan disokong dapatan kualitatif.

               Kemampuan Capaian Internet

               Data  kuantitatif  menunjukkan  bahawa  responden  mencatat  min  yang  sederhana    dalam
               keupayaan  mendapat  capaian  internet  dengan  nilai  min  3.05  dan  ini  bermakna  capaian

               internet  responden  adalah  memuaskan  sepanjang  pembelajaran  dalam  talian.  Namun
               demikian, data kualitatif menunjukkan terdapat responden menyatakan capaian internet yang
               perlahan menyukarkan responden untuk melakukan sebarang perbincangan dan melibatkan

               penghantaran video amali. Hal ini menyebabkan, responden tidak dapat menghantar tugasan
               dengan sempurna dan akan menjejaskan sesi pembelajaran responden.


               Kemampuan Memahami Kandungan
               Data menunjukkan bahawa responden mencapai min yang sederhana iaitu 3.21 dari sudut
               kefahaman  untuk  memahami  kandungan  yang  diajar  dalam  subjek  Pendidikan  Jasmani

               secara dalam talian. Merujuk kepada dapatan kualitatif yang direkodkan, terdapat responden
               yang  menyatakan  mengalami  kesukaran  untuk  memahami  isi  kandungan  dan

               mengaplikasikan teori yang diajar. Hal ini demikian kerana, responden tiada pengalaman
               untuk  melakukan  aktiviti  sukan  yang  belum  pernah  dilakukan  dan  memerlukan  perhatian
               yang  khusus  oleh  pensyarah  untuk  melakukan  aktiviti  fizikal  tersebut.  Responden  juga


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1116
   1129   1130   1131   1132   1133   1134   1135   1136   1137   1138   1139