Page 1132 - e Prosiding Serai 2021
P. 1132

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               bandar Mexicali sekitar Mexico oleh Hall-López (2020) juga menyatakan penurunan kepada
               kekerapan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani dan perkara ini sangat

               mengecewakan kerana guru-guru ini amat terkenal dengan profesionalisme mereka dalam
               membantu penjagaan kesihatan orang awam sebelum pandemik menyerang.
                       Herguner,  Yaman,  Donmez  dan  lain-lain  (2021)  mendapati  599  orang  pelajar

               Pendidikan Jasmani di 7 buah universiti di Turki mendapati  majoriti pelajar kurang bersedia
               untuk menghadapi pembelajaran dalam talian. Siswa guru Pendidikan Jasmani dalam satu

               kajian di Sepanyol didapati kurang bersedia terhadap perubahan gaya pengajaran yang ingin
               diterapkan iaitu pembelajaran dalam talian, dan perkara ini telah memberi kesan terhadap
               keyakinan mereka sebagai seorang siswa guru untuk melakukan pengajaran secara dalam

               talian semasa latihan perguruan mereka (Varea, Gonzalez-Calvo & Garcia-Monge 2020).
                       Kajian oleh Yu dan Jee (2021) terhadap 75 orang pelajar  dari 15 buah universiti di

               Korea melaporkan warga pendidik dan pelajar Pendidikan Jasmani kurang bersetuju terhadap
               pembelajaran  berasaskan  web  ini  kerana  mereka  merasakan  kaedah  ini  amat  rumit  dan
               menyukarkan.  Siswa  guru  Pendidikan  Jasmani  dalam  kajian  Varea  dan  González-Calvo

               (2020) menyatakan mereka kurang gembira  dengan sesi  pengajaran  Pendidikan  Jasmani
               secara  dalam  talian  kerana  perkara  ini  menyebabkan  mereka  kurang  pengalaman  dalam
               aktiviti pengajaran secara bersemuka dan siswa guru Pendidikan Jasmani kajian berkenaan

               juga  menyatakan  bahawa  mereka  merindukan  suasana  pembelajaran  secara  bersemuka
               bersama murid-murid mereka.


               Kemahiran Teknologi Membolehkan Pembelajaran Dalam Talian
               Dalam tinjauan literatur, hanya kajian Batez (2021) yang melaporkan ketiadaan masalah yang

               dihadapi oleh responden ketika menyertai pembelajaran Pendidikan Jasmani secara dalam
               talian.  Batez  (2021)  mendapati,  pelajar  Fakulti  Sukan  dan  Pendidikan  Jasmani  di  Serbia
               mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi dan melebihi keperluan untuk

               menyertai  pembelajaran  secara  dalam  talian.  Oleh  hal  demikian,  pelajar  tidak  mengalami
               masalah untuk menyertai kelas Pendidikan Jasmani secara dalam talian semasa pandemik

               kerana kemahiran teknologi yang dimiliki.

               METODOLOGI KAJIAN


               Dapatan kajian diperoleh dengan menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah
               menggunakan teknik tinjauan yang meliputi tiga bahagian iaitu Bahagian 1 yang melibatkan
               pengumpulan data demografi responden, Bahagian 2 yang mempunyai 24 pernyataan yang

               mengaplikasikan 5 skala Likert untuk mengetahui min cabaran yang dihadapi oleh siswa guru
               PJ, kelebihan pembelajaran dalam talian serta tahap kepuasan pencapaian akademik siswa



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1114
   1127   1128   1129   1130   1131   1132   1133   1134   1135   1136   1137