Page 163 - e Prosiding Serai 2021
P. 163
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Implikasi
Beberapa implikasi daripada model yang menjadi dapatan kajian ini iaitu pengaruh konsepsi
terhadap pelaksanaan kaedah bermain dramatik, pengaruh kecekapan terhadap pelaksanaan
kaedah bermain dramatik, dan pengaruh motivasi terhadap pelaksanaan kaedah bermain
dramatik pada pendidikan prasekolah di Malaysia. Implikasi pertama adalah kepentingan
konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru prasekolah dalam melaksanakan kaedah bermain
dramatik. Ketiga-tiga konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru prasekolah secara bersama
berpengaruh signifikan terhadap pelaksanaan kaedah bermain dramatik pada pendidikan
prasekolah di Malaysia.
Implikasi kedua adalah bahawa di antara ketiga-tiga aspek dalam kajian, kecekapan
merupakan aspek yang paling kuat memainkan peranan dalam melaksanakan keadah
bermain dramatik bagi guru prasekolah di Malaysia. Ini bermakna kecekapan guru prasekolah
dapat terus ditingkatkan secara signifikan. Hal ini akan lebih mudah dilakukan jika ianya
mendapat sumbangan positif dari dimensi pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah
dengan melalui latihan, pengalaman mengajar dan pengembangan pendidikan yang berkaitan
dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah.
Implikasi ketiga ialah bahawa bagi melaksanakan kaedah bermain dramatik yang lebih
berkesan, maka diperlukan motivasi yang tinggi dari guru prasekolah yang sekurang-
kurangnya dibangunkan daripada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kedua-dua
elemen tersebut memberi sumbangan yang kuat kepada motivasi guru prasekolah. Walapun
demikian, motivasi ekstrinsik memberi sumbangan yang lebih kuat daripada motivasi intrinsik.
Ini bermakna bahawa alasan-alasan yang bersumber dari luaran seperti keinginan mendapat
penghargaan dan penghormatan dari guru besar serta keinginan memdapat bayaran yang
tinggi berdasarkan hasil pekerjaan.
Implikasi keempat ialah bagi melaksanakan kaedah bermain dramatik yang lebih
berkesan, maka diperlukan konsepsi yang baik dari guru prasekolah yang sekurang-
kurangnya terdiri daripada elemen kepercayaan dan sikap. Ertinya elemen kepercayaan dan
sikap merupakan kedua-dua elemen penting untuk membentuk konsepsi yang baik. Oleh itu,
untuk menambahbaik konsepsi guru prasekolah dalam melaksanakan kaedah bermain
dramatik, maka kedua-dua elemen kepercayaan dan sikap guru perlu ditingkatkan. Walaupun
demikian, di antara kedua-dua elemen tersebut, elemen sikap memberi sumbangan lebih kuat
kepada pembentukan konsepsi guru prasekolah daripada elemen kepercayaan. Salah satu
sebab hal ini berlaku ialah kerana guru prasekolah telah mengambil inisiatif sendiri untuk
melaksanakan aktiviti bermain dramatik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 145

