Page 160 - e Prosiding Serai 2021
P. 160

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
                      3      Bermain  <---    Motivasi    0.302    0.075  4.039        ***  Signifikan
                            dramatik                                                        pada 0.01



                       Jadual  1  menunjukkan  berat  regresi  bagi  setiap  konstruk  terhadap  konstruk  yang
               dijadikan  sebagai  pembolehubah  bersandar.  Bagi  konstruk  Motivasi,  apabila  Motivasi

               meningkat  sebanyak  1  unit,  nilai  Bermain  dramatik  meningkat  sebanyak  0.302  unit.  Bagi
               konstruk Konsepsi pula, jika nilai Konsepsi meningkat sebanyak 1 unit, nilai Bermain dramatik

               meningkat sebanyak 0.78 unit. Untuk konstruk Kecekapan, nilai Kecekapan yang meningkat
               sebanyak  1  unit,  menyebabkan  nilai  Bermain  dramatik  meningkat  sebanyak  .329  unit.
               Kebarangkalian  untuk  memperolehi  ratio  kritikal  sebanyak  6.620  dalam  nilai  penuh  ialah

               0.050. Dalam erti kata lain, berat regresi untuk Kecekapan meramalkan Bermain dramatik
               ialah berbeza secara seerti dari sifar pada paras 0.01(two-tailed). Begitu juga untuk konstruk
               Konsepsi, kebarangkalian untuk memperolehi ratio kritikal sebanyak 2.125 dalam nilai penuh

               ialah 0.037. Dalam erti kata lain, berat regresi untuk Konsepsi meramalkan Bermain dramatik
               ialah berbeza secara seerti dari sifar pada paras 0.05 (two-tailed). Nilai korelasi berganda
               kuasa  dua  (R2)  bagi  pembolehubah  bersandar  ‘Bermain  dramatik’  adalah  65%  daripada

               variannya. Dalam erti kata yang lain, varian ralat untuk Bermain dramatik dinilaikan sebanyak
               35% daripada varian Bermain dramatik itu sendiri.


               Pengaruh Konsepsi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik
               Konsepsi  guru  berdasarkan  jadual  1  nombor  1  pada  kajian  ini  cenderung  mempengaruhi

               pelaksanaan kaedah bermain dramatik mereka pada pendidikan kanak-kanak prasekolah di
               Malaysia. Ertinya, semakin baik konsepsi guru, semakin baik pula mereka dalam menjalankan
               kaedah  bermain  dramatik  di  kelas.  Ini  menunjukkan  pula  bahawa  konsepsi  adalah  amat

               penting  bagi guru  dalam  menjalankan  penggunaan kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran
               khususnya  dalam  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik  di  pendidikan  kanak-kanak
               prasekolah.

                      Menurut kajian Izumi et al. (2010) yang menyatakan bahawa konsepsi guru memberi
               kesan  kepada  pembelajaran  kanak-kanak  prasekolah.  Mereka  menyimpulkan  bahawa

               konsepsi  yang  baik  oleh  guru  memberi  kesan  positif  terhadap  pengalaman  pembelajaran
               kanak-kanak prasekolah. Kepercayaan juga perlu menjadi salah satu fokus keperluan dalam
               meningkatkan pelaksanaan kaedah bermain dramatik pada pendidikan awal kanak-kanak di

               Malaysia.  Bahkan kepercayaan  guru  boleh  menjadi  kekuatan mereka  dalam  pengambilan
               keputusan  tentang  kurikulum  dan  amalannya  di  dalam  kelas.  Ini  bermakna  bahawa

               kepercayaan  guru  cenderung  memberikan  kekuatan  tersendiri  dalam  menjalankan  aktiviti
               pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam menggunakan kaedah bermain dramatik.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                142
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165