Page 161 - e Prosiding Serai 2021
P. 161

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               Pengaruh Kecekapan Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik
               Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecekapan guru berpengaruh terhadap penggunaan

               kaedah  bermain  dramatik  pada  pendidikan  prasekolah  di  Semenanjung  Malaysia.  Ini
               bermakna bahawa semakin baik kecekapan guru, maka semakin baik pula cara penggunaan
               kaedah bermain dramatik yang dijalankan bagi kanak-kanak di prasekolah. Kecekapan guru

               yang baik menunjukkan guru mempunyai kesediaan yang baik dalam menjalankan tugas dan
               tanggung jawab sebagai guru di mana pun guru itu mengajar termasuk guru yang mengajar
               di prasekolah. Kecekapan guru menunjukkan kesanggupan, kemampuan dan keterampilan

               guru  yang  baik  itu  dapat  mempengaruhi  menggunakan  kaedah  bermain  dramatik  mereka
               menjadi lebih baik. Ertinya, kecekapan yang baik dari guru akan menyokong pekerjaan yang

               dilakukannya,  termasuk  menjalankan  kaedah  bermain  dramatik  sebagai  bahagian  dari
               pekerjaan, tugas dan tanggung jawab guru prasekolah.


               Pengaruh Motivasi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik
               Kajian  ini  menunjukkan  motivasi  guru  prasekolah  di  Semenanjung  Malaysia  mempunyai

               pengaruh  yang  signifikan  terhadap  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik.  Apabila
               dihubungkaitkan dengan teori Deci dan Ryan (2000), maka keinginan atau kesanggupan yang
               kuat yang dimiliki oleh guru prasekolah di Malaysia, penggunaan kaedah bermain dramatik

               dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan berjaya.
                      Dapatan kajian ini menyokong pula kajian lepas oleh Mustafa dan Othman (2010) yang
               menyimpulkan  bahawa  motivasi  guru  berpengaruh  terhadap  apa  yang  di  jalankan  dalam

               proses pengajaran dan pembelajaran. Motivasi guru perlu terus ditingkatkan untuk mengikuti
               perkembangan global yang turut berpengaruh pada perkembangan kehidupan masyarakat
               termasuk di Malaysia.

                      Keputusan kajian menunjukkan pula bahawa kedua-dua motivasi intrinsik dan motivasi
               ekstrinsik memberi sumbangan atau sokongan kepada pembentukan motivasi guru dalam

               menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah di Semenanjung
               Malaysia.


               CADANGAN DAN IMPLIKASI

               Cadangan
               Dapatan kajian memberikan gambaran konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah di

               Semenanjung Malaysia terhadap kaedah bermain dramatik. Kedua-dua sub-elemen konsepsi
               iaitu  kepercayaan  dan  sikap  adalah  penting  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.

               Konsepsi guru dibentuk oleh kepercayaan dan sikap mereka dalam proses pengajaran dan
               pembelajaran. Walau bagaimana pun di antara keduanya, sikap memberi sumbangan yang
               lebih besar dalam membentuk konsepsi yang baik bagi guru yang seterusnya berpengaruh


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                143
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166