Page 162 - e Prosiding Serai 2021
P. 162
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kuat terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik. Oleh itu, guru prasekolah perlu
memberi fokus utama kepada pengembangan kepercayaan dan sikap yang berterusan. Oleh
itu, kedua-duanya perlu terus ditingkatkan untuk membantu guru meningkatkan keyakinan
dan kepercayaan diri mereka dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kecekapan guru prasekolah dalam menjalankan kaedah bermain dramatik adalah
penting. Semakin tinggi kecekapan guru adalah semakin berpotensi untuk menjalankan
kaedah bermain dramatik lebih berjaya. Kecekapan dalam kajian ini dibentuk oleh
pengetahuan dan kemahiran guru. Kedua-dua sub-elemen kecekapan iaitu pengetahuan dan
kemahiran adalah penting dan perlu bagi guru prasekolah menjalankan tanggung jawab
mereka dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Walaupun apabila dibandingkan daripada
keduanya, maka pengetahuan memberi sumbangan kuat dalam membentuk pengetahuan
guru yang seterusnya berpengaruh kuat terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik guru
prasekolah. Ini bermakna bahawa guru mengutamakan kemampuan mereka mengajar
dengan tidak membosankan dengan memberi banyak peluang bagi pelajarnya (kanak-kanak)
untuk menjawab pertanyaan, suara lemah lembut dan jelas, dan bahkan mempunyai intonasi
suara yang baik. Ini bermakna pula bahawa guru prasekolah perlu mengutamakan aktiviti
nyata dengan menunjukkan aktiviti itu secara langsung. Mereka tidak lagi perlu menunjukkan
konsep-konsep mereka yang tidak nyata kepada kanak-kanak.
Motivasi merupakan faktor yang mesti ada dalam menjalankan tanggungjawab
terutamanya pada proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat perlu dan penting.
Oleh itu, guru prasekolah dicadangkan untuk terus meningkatkan motivasi mengajar mereka
mengikut keinginan kanak-kanak dari masa ke masa kerana dengan meningkatkan motivasi,
mereka dapat menjalankan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan berjaya
termasuk penggunaan kaedah bermain dramatik. Keputusan kajian ini bermanfaat bagi guru,
pengetua dan pemegang taruh pendidikan. Jika guru termotivasi dan mempunyai pencapaian
yang tinggi, mereka dijangka mudah memberikan usaha yang terbaik. Dengan hasil kajian ini,
pentadbir atau Guru Besar boleh menyediakan perkara-perkara yang mampu memotivasi
guru dalam meningkatkan pencapaiannya secara berterusan.
Seterusnya, guru prasekolah di Semenanjung Malaysia perlu membentuk program
pengajaran dan pembelajaran dan mempertimbangkan ketiga-tiga aspek iaitu konsepsi,
pengetahuan, dan motivasi mereka kerana ketiga-tiganya dapat mempengaruhi kaedah
pembelajaran mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsepsi yang sesuai,
pengetahuan yang baik dan motivasi yang tinggi cenderung untuk menambah baik kaedah
pengajaran guru prasekolah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 144

