Page 158 - e Prosiding Serai 2021
P. 158
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 1: Dapatan Ujian Kesatuan Dimensi Antara konsepsi, kecekapan dan motivasi
terhadap kaedah bermain dramatik
Rajah 1 menunjukkan model pengukuran keseluruhan yang merangkumi semua
konstruk termasuk seluruh item yang diuji untuk mencapai kepadanan. Permulaan model
mempunyai 4 konstruk utama, iaitu ‘Konsepsi’, ‘Kecekapan’, ‘Motivasi’ dan ‘Bermain Dramatik’
bersama sejumlah 24 item. Nilai indeks untuk Chisq/Df ialah sebanyak 2.94 sudah mencapai
tahap yang diperlukan iaitu di bawah 5.0. Begitu juga bagi indeks CFI dan RMSEA masing-
masing bernilai 0.913 dan 0.078. Jika indeks kepadanan belum mencapai tahap yang
diperlukan, maka pengkaji harus melihat kepada faktor loading. Item yang mempunyai faktor
loading di bawah 0.6 mesti dibuang satu persatu. Oleh kerana, model keseluruhan sudah
mencapai kepadanan yang diperlukan, tiada keperluan untuk melihat kepada item-item yang
mempunyai faktor loading di bawah 0.60 lagi. Ini bermakna bahawa model yang ditunjukkan
mencapai nilai kepadanan untuk kesatuan dimensi antar konsepsi, kecekapan dan motivasi
terhadap kaedah bermain dramatik sehingga tidak perlu dimodifikasi. Nilai korelasi antara
konstruk juga menunjukkan kesemua konstruk tidak mempunyai masalah multicollinearity
antara satu dengan lain. Korelasi antara ‘Konsepsi’, ‘Kepercayaan’, dan ‘Motivasi’ terhadap
‘Bermain dramatik’ masing-masing bernilai 0.54, 0.64, dan 0.61. Kesemuanya interaksi
menunjukkan nilai korelasi tidak melebihi 0.85. Nilai korelasi dan kepadanan telah mencapai
tahap yang diperlukan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 140

