Page 204 - e Prosiding Serai 2021
P. 204

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pendidikan Islam yang tidak mampu menjawab segala permasalahan khususnya berkaitan
               permasalahan dalam ibadah.

                       Di  samping  itu,  guru  pendidikan  Islam  juga  dikatakan  tidak  menguasai  ilmu  atau
               pengetahuan kandungan kerana menurut NurSafra Mohd Zhaffat et. al (2016), menyatakan
               bahawa guru pendidikan Islam tidak dapat membuat perkaitan idea merentasi bidang berbeza

               mahupun perkaitan dengan kehidupan harian murid. Hal ini kerana guru-guru khususnya guru
               pelatih yang menjalani praktikum dilihat hanya menyampaikan maklumat berdasarkan buku

               teks (Azhar Mohamad et.al, 2007). Maklumat yang terhad di dalam sesebuah buku teks ini
               secara  tidak  langsung  membantutkan  kreativiti  dan  idea  guru  pelatih  untuk
               menginterprestasikan pengajaran yang lebih menarik dan kreatif.

                       Seterusnya, menurut Kalaselvi (2017), kelemahan seseorang guru dalam menguasai
               pengetahuan  kandungan  ini  akan  memberi  impak  terhadap  proses  pengajaran  dan

               pembelajaran  di  dalam  bilik  darjah.  Sebagaimana  yang  dinyatakan  oleh  Grossman  et  al
               (1999), tanpa asas pengetahuan yang mencukupi dalam sesuatu bidang mata pelajaran, guru
               tidak  dapat  mengajar  dengan  berkesan.  Secara  tidak  langsung  ia  juga  memberi  impak

               terhadap tahap kefahaman dan penghayatan murid dalam pendidikan Islam.
                       Berdasarkan  penyataan  masalah  tersebut,  pengkaji  berpendapat  bahawa  tahap
               pengetahuan kandungan dalam kalangan guru pelatih ini mungkin juga dipengaruhi oleh cara

               mereka memperoleh sesuatu ilmu atau maklumat. Hal ini kerana cara atau kaedah seseorang
               dalam  memperoleh  ilmu  akan  menentukan  tahap  penguasaan  dan  kefahaman  serta
               memastikan  kesahihan  dan  ketepatan  maklumat.  Sebagai  contoh,  kaedah  pembelajaran

               secara  tradisional  atau  talaqqi  dikatakan  sebagai  kaedah  yang  paling  diyakini  kerana  ia
               membentuk kefahaman yang jelas tentang sesuatu ilmu (Ahmad Zubir Rosdi et. al, 2018).

               Justeru  itu,  wajar  kajian  ini  dijalankan  agar  dapat  mengenal  pasti  cara  pemerolehan  ilmu
               dalam kalangan guru pelatih sama ada menekankan kaedah tradisional atau kaedah moden
               seterusnya melihat tahap pengetahuan kandungan dalam diri guru-guru pelatih pendidikan

               Islam.

               TUJUAN KAJIAN


               Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan dalam
               kalangan guru pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur. Di

               samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungkait antara cara pemerolehan ilmu
               dan tahap pengetahuan isi kandungan guru pelatih Pendidikan Islam.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                186
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209