Page 207 - e Prosiding Serai 2021
P. 207
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah memilih kajian berbentuk kuantitatif mengikut reka bentuk kajian tinjauan.
Dalam kajian ini, penyelidik ingin mendapatkan maklumat mengenai cara pemerolehan ilmu
dalam kalangan guru pelatih dan tahap pengetahuan kandungan mereka terhadap pendidikan
Islam.
Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan jenis sampel rawak mudah.
Manakala saiz sampel kajian ini pula telah ditentukan berdasarkan kepada jadual Krejcie &
Morgan (1970). Berdasarkan kepada jadual tersebut, bilangan sampel yang diperlukan untuk
kajian ini ialah seramai 52 orang daripada jumlah populasi seramai 62 orang.
Instrumen Kajian
Memandangkan kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif, instrumen soal selidik
telah dipilih menjadi alat ukur utama sebagai pengujian dalam kajian ini. Borang soal selidik
yang berbentuk google survey akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan
maklum balas. Pembinaan instrumen kajian ini pula akan melalui Pilot Study atau kajian rintis
terlebih dahulu bagi mendapatkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang
sepatutnya. Hasil kajian akan dianalisis mengikut keperluan soalan kajian. Pengkaji tjuga elah
memilih untuk menggunakan instrumen soal selidik 5 mata skala likert bagi meninjau tahap
pengetahuan kandungan guru pelatih terhadap ilmu pendidikan Islam. Hal ini kerana, ia akan
menghasilkan data yang mudah direkod, tidak menimbulkan kesangsian serta data yang
mudah ditafsir dan dianalisis. Data juga akan dianalisis menggunakan teknik analisis
deskriptif, iaitu dengan menyimpulkan data bagi mendapatkan min, median, mod dan sisihan
piawai.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik
terhadap guru pelatih Pendidikan Islam di IPG kampus zon timur serta sampel yang digunakan
pula adalah jenis sampel rawak mudah. Suatu kajian rintis akan dijalankan terlebih dahulu
bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Seterusnya, data yang diperoleh
akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi
manfaat kepada guru pelatih pendidikan Islam dalam mengenal pasti tahap penguasaan ilmu
masing-masing khususnya ilmu berkaitan pendidikan Islam. Secara tidak langsung, ia
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih Pendidikan Islam agar sentiasa
berusaha untuk menuntut ilmu serta meningkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 189

