Page 202 - e Prosiding Serai 2021
P. 202
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAEDAH PEMEROLEHAN ILMU DAN PENGETAHUAN KANDUNGAN GURU PELATIH
PENDIDIKAN ISLAM IPG ZON TIMUR
W Marni Aufa binti W Kamarudin, Ahmad Mubarak bin Ab Razak,
Dr. Mohd Rusdi bin Ab Majid
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail
marni17-869@epembelajaran.edu.my
ABSTRAK
Guru mempunyai peranan penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi
guru pendidikan Islam yang berperanan mendidik dan memberi kefahaman berkaitan agama
Islam kepada murid. Pengetahuan kandungan merupakan elemen penting yang perlu
dikuasai oleh setiap guru khususnya guru pendidikan Islam. Hal ini kerana pengetahuan
kandungan ini mempengaruhi tahap kefahaman murid terhadap sesuatu perkara seterusnya
memberi impak terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru
pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur seterusnya melihat
hubungkait antara kaedah pemerolehan ilmu dan tahap pengetahuan isi kandungan guru
pelatih Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif
dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat ukur utama dalam kajian ini.
Pemilihan responden adalah dengan menggunakan persampelan rawak mudah, iaitu
melibatkan seramai 52 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih pendidikan islam
semester 8, IPG zon timur. Data akan dianalisis dan digeneralisasikan kepada populasi
dengan tepat menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi
manfaat kepada guru pelatih pendidikan Islam dalam mengenal pasti tahap penguasaan ilmu
masing-masing khususnya ilmu berkaitan pendidikan Islam. Secara tidak langsung, ia
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih Pendidikan Islam agar sentiasa
berusaha untuk menuntut ilmu serta meningkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa.
Kata kunci : Ilmu, Pengetahuan Kandungan
PENGENALAN
Guru memainkan peranan penting dalam pengajaran pendidikan Islam. Mereka bukan sahaja
berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah bertanggungjawab
untuk meningkatkan penguasaan dan penghayatan ilmu pelajar. Penyediaan guru yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 184

