Page 206 - e Prosiding Serai 2021
P. 206

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               supaya lebih berhati-hati dalam mendapatkan sesuatu ilmu dan memastikan kesahihannya
               sebelum menyebarkan kepada orang lain.



               TEORI/MODEL KAJIAN

               Dalam  menjalankan  kajian  ini,  pengkaji  telah  merujuk  kepada  model  Technological

               Pedagogical  Content  Knowledge  (TPACK).  TPACK  merupakan  satu  kerangka  yang
               memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi,

               pedagogi dan isi kandungan (Mishra & Koehler,2006). Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji
               hanya menfokuskan kepada komponen Pengetahuan Kandungan atau Content Knowledge.

                       Menurut Shulman (1987), Pengetahuan Kandungan merupakan salah satu komponen

               daripada 7 asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang guru, iaitu Pengetahuan
               Kandungan  (Content  Knowledge),  Pengetahuan  Pedagogi  (Pedagogical  Knowledge),
               Pengetahuan  Kurikulum  (Curriculum  Knowledge),  Pengetahuan  Pedagogi  Kandungan

               (Pedagogical  Content  Knowledge),  Pengetahuan  tentang  pelajar  dan  perincian  mereka
               (Knowledge  of  learner  and  their  characteristic),  Pengetahuan  tentang  konteks  pendidikan

               (Knowledge of educational contexts), Pengetahuan tentang tujuan pendidikan, matlamat dan
               nilai,  latar  belakang  falsafah  dan  sejarah  (Knowledge  of  educational  ends,  purposes  and
               values and their philosophical and historical ground).


                       Selain  itu,  pengkaji  juga  menggunakan  teori  atau  dalil  daripada  al-Quran  yang
               menjelaskan  berkaitan  peranan  ilmu  pengetahuan  kepada  sesorang  individu.  Hal  ini
               dijelaskan  melalui  wahyu  pertama  yang  diturunkan  kepada  Rasulullah  SAW,  iaitu  melalui

               firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5,

                                                                                    ۡ ۡ
                                       ۡ َ ۡ
                                               ۡ ۡ
                                                              ۡ
                                                                           َّ
                                   ٣        ُ م َ ركلۡٱ َكُْب َ رو أ َ رقٱ    ٢   ٍ قَلَع  ۡ نِم َن َٰ سن ِ لۡٱ َقَلَخ    ٩  َقَلَخ يِذلٱ َكِ ب َ ر  ِ مۡسٱِب أ َ رقٱ
                                                           َ
                                             َ
                                                                   ۡ
                                                                     َّ
                                                                          َّ
                                                          ۡ َّ
                                                ٥   ۡ مَلۡعَي  ۡ مَل ا َ م َن َٰ سن ِ لۡٱ ملع  ٤   َ    ِ مَلَقلٱِب ملَع يِذلٱ
                                                        َ
                                                            َ
                                                                     َ
               Maksudnya  :  Bukankah  Allah  (yang  demikian  kekuasaanNya)  seadil-adil  Hakim?  Bacalah
               (wahai  Muhammad)  dengan  nama  Tuhanmu  yang  menciptakan  (sekalian  makhluk),  Dia
               menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
               Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.

                       Ayat ini memberi isyarat dan perintah kepada umat manusia supaya sentiasa belajar,
               mengkaji  dan  mencari  ilmu.  Jika  diteliti  secara  lebih  mendalam,  ayat  ini  mendidik  dan
               mengajak orang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Mohd Yusuf, 2002).






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                188
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211