Page 203 - e Prosiding Serai 2021
P. 203
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berkualiti khususnya dalam aspek pengetahuan kandungan amat penting bagi menjayakan
matlamat pendidikan Islam ini.
Pengetahuan kandungan merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh setiap
guru. Hal ini kerana pengetahuan kandungan ini mempengaruhi tahap kefahaman murid
terhadap sesuatu perkara seterusnya ia memberi impak terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Grossman & Schoenfeld (2005) untuk membantu
murid memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut. Maksud pengetahuan isi kandungan
yang dijelaskan oleh Shulman (1986) ialah merangkumi pengetahuan tentang topik,
peraturan, struktur dan teori tertentu serta merangkumi pengetahuan tentang perubahan
terkini sesuatu subjek.
Hal ini juga berkait rapat dengan peranan guru Pendidikan Islam. Malah guru
Pendidikan Islam seharusnya lebih lagi menguasai pengetahuan isi kandungan bagi setiap
bidang dan cabang dalam agama Islam bagi memastikan setiap ilmu yang disampaikan
adalah tepat dan sahih. Hal ini kerana pendidikan Islam adalah berkait rapat dengan
kepercayaan, pegangan dan amalan ibadah seseorang individu. Penyebaran ilmu dan didikan
agama yang tidak sahih akan memberi impak dan kesan terhadap amalan agama murid
seterusnya mendorong kepada kesesatan dan penyelewengan terhadap pegangan dan
amalan ibadah. Justeru itu, kaedah dan medium pemerolehan ilmu agama dalam kalangan
guru khususnya guru pelatih Pendidikan Islam juga perlu dititikberatkan agar kesahihan dan
ketepatan ilmu dapat dipastikan.
PERNYATAAN MASALAH
Guru Pendidikan Islam merupakan salah satu profesion yang mulia dan dihormati. Hal ini
kerana guru Pendidikan Islam bertanggungjawab untuk memberi kefahaman dan didikan
agama kepada murid-murid khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya. Bahkan,
guru pendidikan Islam juga dijadikan sebagai rujukan jika berlaku permasalahan berkaitan
agama Islam.
Namun begitu, Guru Pendidikan Islam kini khususnya guru-guru pelatih dilihat kurang
menguasai ilmu atau pengetahuan kandungan secara mendalam berkaitan permasalahan
dalam agama Islam tidak kira dalam bidang aqidah, ibadah mahupun akhlak. Hal ini
dinyatakan dalam kajian oleh Mutsalim et.al (2020) yang menyatakan terdapat sebahagian
guru agama mempunyai kurang ilmu pengetahuan dalam bidang agama secara mendalam.
Sebagai contoh, guru pendidikan Islam hanya mengetahui perkara-perkara asas dalam
agama dan tidak mampu menerangkan atau membahaskan sesuatu perkara dengan
terperinci khususnya dalam bidang aqidah. Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 185

