Page 205 - e Prosiding Serai 2021
P. 205

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               OBJEKTIF KAJIAN

                   1.  Mengenal  pasti  tahap  pengetahuan  isi  kandungan  dalam  kalangan  guru  pelatih

                       Pendidikan Islam IPG
                   2.  Meninjau  kaedah  atau  medium  yang  digunakan  oleh  guru  pelatih  IPG  dalam

                       mendapatkan ilmu berkaitan agama Islam
                   3.  Melihat  hubungan  antara  cara  pemerolehan  ilmu  dan  tahap  pengetahuan  isi
                       kandungan guru pelatih Pendidikan Islam.


               SOALAN KAJIAN

                   1.  Apakah tahap pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru pelatih Pendidikan

                       Islam IPG
                   2.  Apakah  kaedah  atau  medium  yang  digunakan  oleh  guru  pelatih  IPG  dalam

                       mendapatkan ilmu berkaitan agama Islam
                   3.  Apakah  hubungan  antara  cara  pemerolehan  ilmu  dan  tahap  pengetahuan  isi
                       kandungan guru pelatih Pendidikan Islam.



               KEPENTINGAN KAJIAN

               Kajian ini merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pengetahuan

               isi kandungan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini
               diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru pelatih pendidikan Islam dalam mengenal
               pasti  tahap  penguasaan  ilmu  masing-masing  khususnya  ilmu  berkaitan  pendidikan  Islam.

               Secara  tidak  langsung,  ia  diharapkan  dapat  memberi  kesedaran  kepada  guru  pelatih
               Pendidikan  Islam  agar  sentiasa  berusaha  untuk  menuntut  ilmu  dan  meningkatkan

               pengetahuan secara lebih mendalam dari semasa ke semasa. Hal ini kerana ilmu Allah adalah
               sangat luas sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Kahfi,

                                                                              ۡ
                                                                                                  ۡ
                                                  ۡ
                                                      ۡ
                                                                                                       َّ

                                                                       َ
                                             ٩٠١  اٗ دَد َ م ۦِهِلثِمب  انئ ِ ج  ۡ وَلو يِ ب َ ر ُت َٰ مِلَك َدَفنَت نأ َلۡبَق  ُ ر ۡ حَبلٱ َدِفَنَل يِ ب َ ر ِت َٰ مِلَكِل ا ٗ داَدِم  ُ ر ۡ حَبلٱ َناَك  ۡ ول لُق
                                                     َ ِ
                                                                َ
                                                                                        َ
                                                          َ
               901.  Katakanlah  (wahai  Muhammad):  Kalaulah  semua  jenis  lautan  menjadi  tinta  untuk
               menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis
               Kalimah-kalimah  Tuhanku,  walaupun  Kami  tambahi  lagi  dengan  lautan  yang  sebanding
               dengannya, sebagai bantuan.
                       Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu dan memberi panduan
               kepada  guru  pelatih  pendidikan  Islam  tentang  kaedah  yang  perlu  diamalkan  dalam
               mendapatkan sesuatu ilmu khususnya ilmu berkaitan agama Islam. Secara tidak langsung, ia

               juga  diharapkan  dapat  memberi  kesedaran  kepada  masyarakat  khususnya  guru  pelatih

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                187
   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210