Page 213 - e Prosiding Serai 2021
P. 213

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Justeru itu, semua peringkat tersebut akan diberi perhatian iaitu bermula dari peringkat input,
               proses dan produk yang mana akhirnya impak dari segi aspek penilaian OBB keberkesanan,

               kesesuaian  dan  kecekapan  program  ini  akan  difokuskan  berdasarkan  input  tersebut.
               Menurut  Mason et al  (2003) dan Guenther (2005) penilaian di peringkat input dan proses
               amat penting dalam memperoleh maklumat dan gambaran mengenai program tersebut serta

               mempengaruhi dalam menghasilkan sesuatu program atau produk.

               Motivasi


               Motivasi  merupakan  satu  dorongan  yang  menggerakkan  tingkah  laku  seseorang  individu
               untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Zainudin Zakaria  & Goh Yin soon (2006) tahap

               motivasi berkait rapat dengan nilai dan kepercayaan mereka pada pekerjaan yang dilakukan
               dan  sumbangan  yang  diharapkan  daripada  mereka.Samada  yang  datang  dari  dalam  diri

               individu  secara  rela  atau  paksa  untuk  memenuhi  keperluan  dan  kehendak  individu  yang
               akhirnya  membangkitkan  organisma  untuk  menuju  kepada  matlamat.Motivasi  dapat
               membentuk individu untuk sanggup memberikankomitmen dan kesungguhan walaupun ketika

               terpaksa berhadapan dengan dugaan dan ujiandalam pekerjaan. Motivasi terbahagi kepada
               2, iaitu motivasi dalaman (intrinsik) dan motivasi luaran (ekstrinsik).

                       Motivasi intrinsik ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa
               ingin tahu, dan rasa kepuasan diri.Ia juga merupakan ciri semulajadi manusia, atau tabiat
               manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang

               diinginkan.  Apabila  seseorang  itu  mempunyai  keinginan,  dia  tidak  memerlukan  apa-apa
               insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi
               kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Menurut Rohaty Mohd Maizub (2002), motivasi

               intrinsik  dikenali  sebagai  motivasi  dalaman  iaitu  dorongan  yang  timbul  kerana  memenuhi
               keperluan fisiologi dan psikologi. berbeza pula dengan motivasi ekstrinsik di mana aktiviti yang
               dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk mengelak

               daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi, atau apa
               sahaja sebab selain daripada untuk kemahuan kendiri. manakala Ainon Mohd & Abdullah

               Hassan  (2011)  pula  menjelaskan    motivasi  ekstrensik  atau  dorongan  luaran  adalah
               kesanggupan  pekerja  melakukan  sesuatu  tugas  disebabkan  adanya  ganjaran  luaran.
               keadaan ini jelas menunjukkan ada sesetengah individu tidak berminat langsung terhadap

               apa yang dilakukan.



               Model Penilaian Program Norizan 2016
               Model penilaian bagi program ini adalah diadaptasi dari Model penilaian program oleh Norizan
               Ismail  (  2016  )  dari  kajian  tesis  doktor  falsafah  yang  bertajuk  “Penilaian  Program



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                195
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218