Page 212 - e Prosiding Serai 2021
P. 212

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               TINJAUAN LITERATUR

               Pendekatan Bajet Berasaskan Outcome (OBB)


               Pendekatan Bajet Berasaskan Outcome atau Outcome Based Budgeting (OBB) merupakan
               asas yang digunakan dalam menilai pelaksanaan program pendidikan pesisir pantai  yang

               telah dilaksanakan di Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan Bajet Berasaskan Outcome (OBB)
               ini  merupakan  pekeliling  perbendaharaan  Bil.  2  Tahun  2012  (Malaysia,  2012)  yang

               dikeluarkan  oleh  kerajaan  untuk  mengawal  setiap  perbelanjaan  yang  dikeluarkan  oleh
               kerajaan agar lebih efisien dan bernilai (value for money). Kaedah ini merupakan langkah
               yang efektif dalam mengawal perbelanjaan sektor awam melalui pendekatan “Let’s Manager

               Manage”,Top-Down dan Prinsip “SMART". Ini adalah selaras dengan program transformasi
               kerajaan  yang  diperkenalkan,  dengan  misi  “Pencapaian  Diutamakan”.  Manakala  kaedah
               penilaian  tersebut  adalah  berdasarkan  keberkesanan,  kesesuaian,  kecekapan  dan

               keekonomian.

               Penilaian Program

               Pengenalan


               Penilaian  Program  adalah  kajian  formal  melibatkan  analisis  yang  sistematik  terhadap
               sesuatu  program/aktiviti  dengan  tujuan  untuk  mendapat  gambaran  sebenar  mengenai
               keberkesanan,  kesesuaian,  kecekapan  dan  keekonomian  (3K1E)  bagi  sesuatu  program

               yang dilaksanakan (Bahagian Pendidikan Guru, 2008). Oleh itu, hasil dari penilaian program
               yang  telah  dilakukan  ini  akan  dapat  menentukan  sama  ada  program  tersebut  boleh

               diteruskan  jika  program  ini  berjaya  mencapai  objektif  program  yang  digariskan  atau
               diteruskan  dengan  penambahbaikan  dibuat  sekiranya  program  ingin  diteruskan  atau
               dihentikan jika program ini gagal mencapai matlamat yang digariskan (Malaysia, 2012).

                       Oleh yang demikian, jelaslah bahawa penilaian program merupakan satu ciri utama
               OBB yang amat berguna sebagai alat bagi pihak pengurusan dalam membuat keputusan
               sama ada untuk meneruskan atau menamatkan sesebuah program. Penilaian program yang

               dimaksudkan di bawah OBB meliputi isu-isu berikut :
                        1.  Keberkesanan – iaitu sejauh mana  objektif aktiviti tercapai.
                        2.  Kesesuaian  –  iaitu  sejauh  mana  objektif  aktiviti  memenuhi  keperluan

                            pelanggan.
                        3.  Kecekapan  –  iaitu  sejauh  mana    sumber-sumber  aktiviti  digunakan  secara

                            optimum dalam menghasilkan outcome.
                        4.  Keekonomian  –  iaitu  setakat  mana  kos  input  dapat  diminimumkan  tanpa
                            pembaziran.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                194
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217