Page 211 - e Prosiding Serai 2021
P. 211

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mendapat kerjasama yang baik daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar,
               Kementerian Pendidikan Malaysia dari segi kewangan. Justeru itu memandangkan program

               ini amat penting dan melibatkan peruntukkan kewangan, maka sewajarnya program ini dibuat
               penilaian  agar  benar-benar  memberi  manfaat  kepada  semua  lapisan  terutama  kepada
               pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu ( IPGKKB ) ke arah meningkatkan

               motivasi mereka dalam melaksanakan tugasan harian.
                      Pada  amnya  amalan  penilaian  program  di  negara  kita  merupakan  suatu  perkara

               baharu dan kurang dilaksanakan sebelum ini sedangkan program-program telah dilaksanakan
               dan  melibatkan  peruntukkan  perbelanjaan  yang  besar  (  Norizan,  2016).  Namun  begitu,
               program-program tersebut tidak dibuat penilaian dan hasilnya juga tidak diketahui bagaimana.

               Ini menyebabkan berlakunya pembaziran terhadap implikasi kewangan kerajaan. Begitu juga
               pada  tahun  berikutnya,  program  tersebut  terus  dilaksanakan  sekali  lagi  juga  dengan

               peruntukkan kewangan yang besar dan hasilnya juga tidak diketahui. Pembaziran ini akan
               terus berlaku sehinggalah keluar arahan kerajaan, yang mewajibkan kita membuat penilaian
               terhadap program tersebut untuk mengetahui sejauhmana program pendidikan pesisir pantai

               berjaya mencapai objektif pelaksanaannya agar hasil yang diperoleh adalah setimpal dan
               berbaloi  dengan kewangan  yang  telah  dibelanjakan  dan  seterusnya  memberi  impak  yang
               positif kepada kewangan kerajaan.


                      Justeru,  memandangkan  kepentingan  melaksanakan  penilaian  terhadap  program
               yang  dilaksanakan,  kerajaan  mula  memandang  serius  masalah  ini  dengan  mengeluarkan

               arahan  baharu  yang  mewajibkan  penilaian  program  dilakukan  iaitu  menerusi  pekeliling
               kerajaan  yang  dikeluarkan  pada  Januari  2012.  Menurut  Pekeliling  Perbendaharaan  Bil.  2
               Tahun 2012 yang bertajuk “Bajet Berasaskan Outcome” atau   Outcome Based Budgeting

               (OBB), setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan perlu dibuat penilaian iaitu penilaian
               formatif  dan  sumatif  (Malaysia,  2012).  Oleh  yang  demikian,  berdasarkan  arahan

               perbendaharaan tersebut, maka penilaian bagi setiap program  hendaklah dibuat.




               TUJUAN KAJIAN

               Kajian  ini  bertujuan  untuk  melihat  sejauh  mana  pelaksanaan  program  pendidikan  pesisir

               pantai yang telah dilaksanakan oleh IPGKKB dapat meningkatkan motivasi kerja pensyarah
               disamping dapat melakukan penambahbaikan terhadap program tersebutagar lebih bernilai
               dan bermanfaat kepada pensyarah pada masa yang sama dapat mengelak dari berlakunya

               pembaziran sama ada dari segi kos, masa, tenaga dan sebaginya terutama bagi program
               yang melibatkan pebelanjaan kewangan yang besar.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                193
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216