Page 226 - e Prosiding Serai 2021
P. 226

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kepada  proses  kesediaan  pensyarah  dalam  mengaplikasikan  Google  Apps  dalam  PdPc.
               Melalui pemerhatian yang dijalankan juga didapati ada juga dalam kalangan peserta kajian

               yang  menghadapi  masalah  untuk  memaparkan  bahan  yang  dibina  ketika  PdPc  sedang
               berjalan.  Ini  menunjukkan  penguasaan  kepada  aplikasi  Google  Apps  ini  masih  ada
               kekurangan .



                       Berdasarkan  analisis  dokumen  yang  dilakukan,  terdapat  catatan  dalam  bahagian
               refleksi  rancangan  pengajaran  mingguan  yang  dicatatkan  oleh  peserta  kajian  yang
               menyatakan bahawa PdPc dapat dilaksanakan namun ada gangguan seperti talian Internet

               yang tidak stabil menjejaskan kelancaran pengajaran peserta kajian. Dalam  catatan minit
               mesyuarat  jabatan  juga  ada  dibincangkan  berkaitan  fleksibiliti  kandungan  yang  perlu
               disesuaikan  dengan  aplikasi  tertentu  dalam  pengajaran  supaya  memberi  impak  kepada

               kefahaman pelajar.


               KESIMPULAN KAJIAN

               Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  semua  PJPM  mempunyai  usaha  yang  berterusan
               dalam meningkatkan kemahiran ICT mereka khususnya dalam mengaplikasikan kemudahan

               terkini seperti yang terdapat dalam Google Apss. PJPM berkemahiran menyampaikan ilmu
               kepada pelajar berbekalkan pengalaman mengajar dalam kursus ini. Kursus Kesusateraan
               Melayu  ini  merupakan  kursus  yang  sememangnya  perlu  disampaikan  dengan

               mengaplikasikan  teknologi  terkini  agar  dapat  memberi  gambaran  yang  jelas  dan  berlaku
               penyampaian kemahiran secara lebih terancang, berkesan dan mampu menarik minat pelajar.


                       Dapatan  kajian  ini  sejajar  dengan  kajian  Misnan  (2008)  mendapati  untuk  menjadi

               seorang  guru  yang  berkesan,  sama  ada  dari  segi  menyampaikan  ilmu  pengetahuan  atau
               sesuatu  kemahiran,  maka  seseorang  guru  itu  hendaklah  memahami  konsep  pendekatan,
               kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dalam masa yang sama dapat mewujudkan

               suasana pembelajaran yang harmonis, menyenorokkan dan tidak membosankan. Menurut
               Magdeline  dan  Zamri  (2016)  guru  yang  mengkhusus  dalam  bidangnya  sudah  tentu

               mempunyai pengetahuan pedagogi kandungan yang lebih baik berbanding guru yang bukan
               bidang,  tetapi  mengajar  mata  pelajaran  yang  sama.  Penambahbaikan  yang  dapat  dilihat
               berlaku dalam kalangan PJPM ialah usaha mereka mengaplikasikan dan sentiasa berusaha

               meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT bagi memastikan PdPc yang dijalankan berkesan
               dan mampu memberi motivasi kepada pelajar.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                208
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231