Page 23 - e Prosiding Serai 2021
P. 23

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               SOROTAN LITERATUR

               Kurikulum  terbaru  yang  digunakan  pada  tahun  2017  iaitu  Kurikulum  Standard  Sekolah

               Rendah (KSSR) telah memperbaharui silibus yang lebih berfokus ke arah pembelajaran inkuiri
               bagi  meningkatkan  kemahiran  berfikir  aras  tinggi.  Perkataan  inkuiri  berasal  daripada

               perkataan inquiry atau enquire yang bermaksud mencari, menyelidik, mengkaji dan menguji
               sesuatu kaedah untuk memperoleh sesuatu keputusan (Noraini Idris, 2005). Secara asasnya,
               inkuiri membolehkan murid untuk bertanya soalan, mengembangkan prinsip sains, membuat

               ramalan,  mengumpulkan  dan  menganalisis  data,  membuat  pemerhatian,  mensintesis  dan
               membuat penerangan mengenai idea saintifik serta berkomunikasi (Wenning, 2007). KSSR
               Sains yang digubal adalah berdasarkan tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai

               di mana ketiga-tiga domain ini dialami oleh murid melalui kaedah inkuiri bagi menghasilkan
               individu berfikrah sains.


                       Peranan guru sebagai fasilitator dalam pendekatan IBSE adalah sangat penting dalam
               membimbing pelajar di samping menyediakan persekitaran pembelajaran yang membolehkan

               pelajar  berfikir  pada  tahap  yang  tinggi.  Pemahaman  tentang  pengajaran  menggunakan
               pendekatan inkuiri merupakan isu utama dalam latihan keguruan di mana proses PdP yang

               berasaskan  IBSE  sangat  signifikan  dengan  peranan  guru  (Pawel,  Iwona,  Malgorzata  dan
               Ewa, 2014).

                       Menurut kajian daripada Lanita (2012), kebanyakan guru di Malaysia masih belum

               menggunakan  dan  menyesuaikan  diri  dengan  pendekatan  inkuiri  penemuan  secara
               sepenuhnya. Menurut Isiksal-Bostan et al. (2015), pengalaman guru berkait rapat dengan
               kaedah  pengajaran  yang  digunakan  dalam  PdP  di  mana  guru  lebih  selesa  untuk

               menggunakan  pendekatan  konvensional  yang  sering  digunakan  berbanding  pendekatan
               baharu iaitu IBSE.


               METODOLOGI KAJIAN

               Reka bentuk kajian yang dijalankan ini merupakan jenis kuantitatif secara tinjauan berbentuk

               deskriptif yang menggunakan borang soal selidik. Dalam kajian ini, persampelan bertujuan
               digunakan untuk menentukan saiz sampel. Persampelan bertujuan dipilih bagi memudahkan
               proses  pentadbiran  item  soal  selidik.  Selain  itu,  situasi  pandemik  Covid-19  menyukarkan

               pengkaji  untuk  proses  edaran  borang  soal  selidik  ke  IPG  di  seluruh  Malaysia.  Melalui
               persampelan bertujuan pengkaji dapat memastikan kesemua sampel yang dipilih menjawab

               soal selidik yang dikemukan. Oleh itu, seramai 39 orang guru pelatih sains IPGKDRI telah
               dipilih sebagai sampel kajian ini.




                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     5
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28