Page 26 - e Prosiding Serai 2021
P. 26

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Nilai ‘r’ positif yang ditunjukkan menjelaskan bahawa terdapat hubungan positif yang
               signifikan  di  antara  semua  pemboleh  ubah  kajian.  Dapatan  kajian  ini  juga  menunjukkan

               pernyataan tidak terdapat  hubungan  signifikan antara  tahap kesediaan guru  pelatih  Sains
               dalam  aspek  pengetahuan,  kemahiran  dan  sikap  dengan  tahap  pelaksanaan  pendekatan
               IBSE semasa praktikum di dalam hipotesis nol pertama (Ho1) berjaya ditolak.


                       Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Siva & Mohd Isa (2016) yang menunjukkan
               tahap  pengetahuan,  sikap  dan  kemahiran  guru-guru  dalam  penggunaan  kaedah  inkuiri

               penemuan  berada  pada  tahap  sederhana  kerana  guru-guru  kurang  didedahkan  dengan
               aktiviti  penggunaan  kaedah  inkuiri  penemuan  semasa  menjalani  latihan  perguruan  di
               universiti  dan  IPG.  Selain  itu,  kajian  kes  yang  dijalankan  oleh  Kang  (2008)  menunjukkan

               bahawa 13 orang guru sains pra perkhidmatan yang mempunyai tahap pengetahuan yang
               rendah  dalam  kaedah  inkuiri  lebih  banyak  bergantung  kepada  pendekatan  konvensional
               dalam PdP.


                       Analisis hubungan kesediaan guru pelatih dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan
               juga sikap menunjukkan perhubungan yang positif dengan tahap pelaksanaan pendekatan

               IBSE  semasa  menjalani  praktikum.  Hasil  kajian  ini  adalah  bertepatan  dengan  kajian
               Nurshamsida, Nabila & Nurlatifah (2013), yang menyatakan bahawa guru pra perkhidmatan
               yang telah didedahkan dengan pendekatan inkuiri penemuan semasa dalam latihan keguruan

               serta mempunyai kesediaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan serta mempunyai sikap
               yang positif akan cenderung untuk menerapkan pendekatan IBSE dalam sesi PdP.



               KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

               Kajian  ini  memberikan kesimpulan  umum  bahawa  guru  yang mempunyai  kesediaan  yang

               tinggi akan berasa lebih yakin untuk melaksanakan pendekatan IBSE berdasarkan sokongan
               daripada  kajian  terdahulu.  Kajian  tahap  kesediaan  guru  pelatih  sains  dalam  aspek
               pengetahuan,  kemahiran  dan  sikap  terhadap  pelaksanaan  pendekatan  IBSE  telah

               memberikan implikasi kepada beberapa pihak tertentu seperti guru-guru, IPGM dan KPM.
               Kajian ini menjadi penanda asras bahawa pendekatan IBSE boleh dilaksanakan oleh guru-

               guru disekolah. Selain itu, pihak IPGM dapat menilai kursus, latihan dan bengkel yang telah
               dijalankan. Pihak KPM pula dapat membangunkan modul-modul pelaksanaan pendekatan
               IBSE yang lebih terperinci.


                        Beberapa cadangan kajian lanjutan dikemukan kepada pengkaji akan datang agar
               kajian yang berkaitan dengan pendekatan IBSE dapat menghasilkan kajian yang memberikan
               impak yang lebih besar. Antara cadangan penambahbaikan bagi kajian lanjutan pada masa

               hadapan ialah meluaskan sampel kajian yang terlibat kepada guru pelatih sains IPG di seluruh

                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     8
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31