Page 25 - e Prosiding Serai 2021
P. 25

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah tahap kesediaan guru
               pelatih dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pelaksanaan pendekatan

               IBSE, maka nilai min dah sisihan piawai dihitung dan diinterpretasikan kepada tiga tahap iaitu
               rendah, sederhana dan tinggi berdasarkan jadual interpretasi skor min (Ramlee Ismail, Jamal
               Yunus & Marinah Awang, 2020).


                       Dapatan kajian menunjukkan semua pemboleh ubah dalam kajian ini berada pada
               tahap tinggi iaitu (min=4.2959, sp=0.4697) bagi pemboleh ubah pengetahuan, (min=4.2564,

               sp=0.5292) bagi pemboleh ubah kemahiran dan (min=4.089, sp=0.4509) bagi pemboleh ubah
               sikap.  Oleh  itu,  secara  keseluruhannya  tahap  kesediaan  guru  pelatih  dalam  aspek
               pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pelaksanaan pendekatan IBSE berada pada

               tahap yang tinggi. Semua dapatan ditunjukkan dalam Jadual 2 yang berikut:

               Jadual 2: Tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap pelaksanaan pendekatan IBSE

                  Pemboleh ubah               Min             Sisihan piawai       Interpretasi tahap
                  Pengetahuan                 4.2959                 .4697                 Tinggi
                  Kemahiran                   4.2564                 .5292                 Tinggi
                  Sikap                       4.0897                 .4509                 Tinggi



               Ujian  korelasi  Pearson  ‘r’  digunakan  bagi  menjawab  persoalan  kajian  yang  kedua  iaitu
               menentukan sama terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru pelatih
               Sains terhadap pendekatan IBSE dengan tahap pelaksanaan pendekatan IBSE dalam proses

               PdP  semasa  praktikum.  Dapatan  menunjukkan  pemboleh  ubah  bersandar  iaitu  tahap
               pelaksanaan pendekatan IBSE mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengetahuan

               (r=0.492, sig=0.001), kemahiran (r=0.618, sig=0.000) dan sikap (r=0.645, sig=0.000). Jadual
               3 berikut memaparkan hubungan antara kesediaan guru pelatih dengan tahap pelaksanaan
               IBSE.


               Jadual 3: Analisis korelasi Pearson hubungan antara kesediaan guru pelatih dengan tahap
               pelaksanaan pendekatan IBSE.
                 Kesediaan                Korelasi (r) Dengan Faktor Tahap          Signifikan 2 – hala

                 Guru Pelatih                       Pelaksanaan



                 Pengetahuan                            .492**                            0.001


                 Kemahiran                              .618**                            0.000

                 Sikap                                  .645**                            0.000







                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     7
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30