Page 24 - e Prosiding Serai 2021
P. 24
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang
diadaptasi daripada kajian-kajian lepas oleh Zaidir dan Kamisah (2017), Siva (2016) dan
Pawel (2014). Soal selidik diubahsuai serta ditambah baik mengikut kesesuaian selaras
dengan objektif kajian. Pengkaji mendapatkan kesahan kandungan dan kesahan muka
instrumen kajian oleh dua orang pakar bidang sains. Seterusnya, pengubahsuaian dan
penambahbaikan dilakukan selepas mendapat semakan daripada pakar. Kebolehpercayaan
instrumen diukur menggunakan kaedah pengukuran ketekalan dalaman konstruk dengan
merujuk kepada nilai Alpha Cronbach. Nilai Alpha Cronbach secara keseluruhannya ialah
0.934 yang menunjukkan instrumen kajian adalah amat baik berdasarkan berdasarkan nilai
pekali kebolehpercayaan (Lim, 2007).
Soal selidik diedarkan kepada responden kajian melalui pautan Google Form bagi
mendapatkan data kajian yang sebenar. Data yang diperolehi daripada soal selidik akan
dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26.0. Proses menganalisis data merangkumi
dua jenis statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Ukuran deskriptif data seperti
jumlah, frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai dihitung untuk menjawab soalan kajian
pertama. Dalam kajian ini, statistik inferensi digunakan untuk menjawab soalan kajian kedua
melalui ujian korelasi pekali Pearson.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan Jadual 1, responden kajian terdiri daripada 23 orang (59%) guru pelatih lelaki
dan 16 orang (41%) guru pelatih perempuan. Dari segi pengalaman menyertai mana-mana
kursus berkaitan IBSE pula, bilangan responden yang pernah mengikuti kursus berkaitan
pendekatan IBSE ialah 33 orang (88.4%) manakala seramai 6 orang (15.4%) guru pelatih
tidak pernah mengikuti mana-mana kursus berkaitan pendekatan IBSE.
Jadual 1: Profil Demografi Responden
Item demografi Responden Kajian Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 23 59.0
Perempuan 16 41.0
Pengalaman Ya 33 84.6
menyertai mana- Tidak 6 15.4
mana kursus
berkaitan IBSE
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 6

