Page 277 - e Prosiding Serai 2021
P. 277

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                          AMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PELAKSANAAN KOMUNITI
                           PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DI SEKOLAH MENENGAH.

                                                   Nor Azira binti Nordin

                                      Pusat Pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia
                                                Universiti Terbuka Malaysia
                                                norazira1976@oum.edu.com




                                                         ABSTRAK


                  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kerja berpasukan dalam pelaksanaan
                  Komuniti  Pembelajaran  Profesional  (KPP)  atau  Profesional  Learning  Community  (PLC)
                  guru  di  sekolah  menengah  di  sebuah  sekolah  di  negeri  Pahang.  PLC  merupakan  satu

                  medium  untuk  berkongsi  pengetahuan  dan  kemahiran  dalam  Pengajaran  dan
                  Pembelajaran (PdP). Kerjasama antara guru memberi nilai tambah untuk meningkatkan

                  keberkesanan PdP. Pengkaji mengupas tentang isu yang menyebabkan kerja berpasukan
                  kurang diaplikasikan dalam PLC. Selain itu, pengkaji menjelaskan tentang amalan kerja
                  berpasukan, sejarah perkembangan PLC, konsep PLC dan model yang digunakan dalam

                  pelaksanaan PLC. Kajian ini melibatkan tiga orang guru dan data diperoleh secara kualitatif.
                  Responden ditemu bual dan kaedah pemerhatian dijalankan. Dapatan kajian menjelaskan
                  bahawa guru melaksanakan PLC di sekolah secara berpasukan ada dalam bidang, panitia

                  atau  antara guru.  Kesimpulannya  adalah  budaya kerja  berpasukan merupakan  langkah
                  penting dalam melaksanakan PLC di sekolah. Perkongsian pedagogi, ilmu pengetahuan
                  dan  kemahiran  membantu  guru  meningkatkan  kualiti  PdP  dan  prestasi  kerja  mereka.

                  Kesepakatan dalam kerja berpasukan bersama pemimpin sekolah dan rakan guru dapat
                  merealisasikan budaya PLC. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cabaran sepanjang

                  menjalankan  PLC,  namun  budaya  kerja  berpasukan  dapat  mengurangkan  cabaran
                  tersebut.  Pemimpin  sekolah  dan  guru  perlu  bekerjasama  sebagai  satu  pasukan  untuk
                  meningkatkan prestasi murid.


                  Kata kunci: kerja berpasukan, komuniti pembelajaran professional, keberkesanan PdP


                  PENGENALAN

                  Sistem  pendidikan  negara  terus  berkembang  selari  dengan  perubahan  dasar  yang

                  diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan itu, Pelan
                  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025  telah  dibangunkan  untuk
                  menghasilkan  pembaharuan  dalam  sistem  pendidikan  negara.  Berdasarkan  anjakan

                  keempat PPPM iaitu memartabatkan profesion perguruan, maka Komuniti Pembelajaran

                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                259
   272   273   274   275   276   277   278   279   280   281   282