Page 280 - e Prosiding Serai 2021
P. 280
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Walau bagaimanapun, dapatan temu bual menunjukkan terdapat seorang guru yang
kurang faham tentang konsep PLC. Kajian ini meneliti 3 tema utama iaitu: (i) Amalan
pelaksanaan PLC di sekolah, (ii) Masalah yang dihadapi guru dan (iii) Langkah mengatasi
pelaksanaan PLC di sekolah.
Amalan pelaksanaan PLC di sekolah.
Pada hakikatnya, semua responden tahu tentang pelaksanaan PLC yang dijalankan di
sekolah. Tetapi teragak-agak untuk menjelaskan tentang konsep PLC. Responden tidak
boleh menjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan dan amalan PLC di sekolah.
Mereka menjelaskan bahawa PLC adalah perbincangan bersama guru untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan dan berbincang dalam kumpulan kecil.
…Asalkan ada dua atau lebih guru bertemu, berbincang…sama ada dapat meningkatkan
ilmu atau dapat selesaikan masalah, itu dikira PLC. Itu yang saya faham. Tapi di sini
biasanya perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil. Contoh, saya dan rakan
berbincang tentang sesuatu perkara. (R3).
Bagi merealisasikan PLC di sekolah, konsep PLC perlu diketahui oleh semua guru. Pihak
sekolah perlu kerap membimbing guru untuk memahami konsep dan pelaksanaan PLC.
PLC yang berjaya dilaksanakan membantu murid dan sekolah dalam meningkatkan
kecemerlangan. Daripada temu bual yang dijalankan guru menjelaskan guru selalu
melaksanakan PLC. Hasil temu bual, mereka menjelaskan PLC adalah apabila guru
bertemu dan berbincang untuk meningkatkan ilmu atau menyelesaikan masalah berkaitan
mata pelajaran. Biasanya, PLC dilaksanakan secara tidal formal. Hal ini bermaksud guru
tidak mencatat atau menulis hasil perbincangan PLC. Mereka sekadar berbual tentang
sesuatu topik dan telah dianggap sebagai PLC.
…Kita ada buat PLC tetapi selalunya tidak secara formal seperti saya berbincang bersama
rakan menggunakan Google Meet, itu dikira sebagai PLC. Di sini banyak dilakukan PLC
tetapi tidak direkodkan. Saya pun kadang-kadang tak rekod. (R2)
Pentadbir sekolah kerap membincangkan pelbagai tentang pengetahuan dan kemahiran
PdP serta keperluan murid dalam LADAP tersebut. Tetapi, temu bual menunjukkan,
perbincangan dalam pasukan seperti ahli panitia adalah banyak tetapi PLC antara bidang
adalah kurang.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 262

