Page 279 - e Prosiding Serai 2021
P. 279
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ilmu tidak dapat dilaksanakan. Hal ini merugikan sekolah kerana ramai guru dihantar
menghadiri kursus, latihan dan bengkel tetapi tidak fokus kepada keperluan di sekolah
(Zuraidah Abdullah, 2010, Sujirah Ibrahim, 2011 dan Zahizan Hasrin (2011). Adalah lebih
berkesan sekiranya semua guru berkongsi kepakaran di sekolah kerana guru lebih
mengenali budaya sekolah.
Ketika kebanyakan guru sibuk menangani perkara tersebut, sukar untuk mencari
masa yang sesuai untuk duduk bersama dan berbincang tentang pengajaran dan masalah
guru. Setiap guru pada masa kini dihujani dengan pelbagai pekerjaan perkeranian seperti
mengemas kini maklumat murid melalui sistem dalam talian, mengumpulkan yuran dari
pelajar, dan menganalisis maklumat latar belakang pelajar untuk tujuan tertentu (Taharim
et al., 2017). Bebanan kerja berlebihan menyebabkan mereka kurang bermotivasi dalam
melaksanakan PLC (Hairon & Tan, 2017; Zhang et al., 2017).
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian.
Mengikut Robson (2002), temu bual merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang
melibatkan aktiviti penulis menyoal responden untuk mendapatkan jawapan-jawapan yang
diperlukan. Menurut Minichiello et al. (1990) dalam Punch (2001), teknik temu bual bagi
kajian berbentuk kualitatif dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (i) Temu bual
berstruktur, (ii) Temu bual separa berstruktur, dan (iii) Temu bual tidak berstruktur. Bagi
kajian ini teknik temu bual yang dijalankan ialah jenis separa berstruktur yang memberikan
kebebasan kepada penulis untuk bertanyakan soalan tanpa perlu terikat dengan soalan-
soalan asas yang disediakan dalam protokol temu bual.
Soalan-soalan yang disediakan hanyalah sebagai panduan kepada penulis supaya
sesi temu bual yang dijalankan nanti tidak lari daripada objektif kajian yang ingin dicapai.
Kajian ini melibatkan 3 orang guru di sebuah sekolah luar bandar di negeri Pahang. Kajian
ini menggunakan Model Komuniti Pembelajaran Profesional (2003) kerana model ini
mendorong guru untuk terus membudayakan semangat belajar dan mengajar serta
meningkatkan profesionalisme bagi mencapai matlamat organisasi. Model Komuniti
Pembelajaran Profesional merujuk kepada pendekatan in-situ merupakan pendekatan
pembangunan profesionalisme yang perlu dibudayakan di peringkat sekolah.
DAPATAN KAJIAN
Temu bual yang dijalankan menunjukkan semua guru bersetuju komuniti pembelajaran
profesional dilaksanakan di sekolah. Guru-guru membina hubungan yang rapat sebagai
satu pasukan seperti dalam panitia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PdP.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 261

