Page 282 - e Prosiding Serai 2021
P. 282
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Masalah dalam pelaksanaan PLC di sekolah
Semua guru tahu dan faham bahawa mereka perlu sentiasa memperbaiki kelemahan dan
membuat refleksi atas PdP bagi mengatasi isu pembelajaran murid. Perkongsian ilmu
dalam pelbagai sudut seperti pedagogi pengajaran, bbm mengajar dan kaedah pengajaran
yang berkesan. Antara masalah dalam pelaksanaan PLC adalah kekangan masa, jadual
waktu mengajar yang padat dan guru sibuk melakukan tugasan lain.
… waktu mengajar agak padat dan sukar mengadakan perbincangan dalam satu panitia
dan bidang. Jarang dapat berkumpul sekali. Biasa mengadakan PLC di dalam kelas. Selain
itu, terdapat juga cabaran dalam pelaksanaan PLC iaitu kekangan masa dan terikat dengan
jadual pengajaran dan pembelajaran. (R1)
….Cabaran lain adalah kami tak dapat nak jalankan aktiviti atau strategi PLC. Mungkin,
pihak pentadbir perlu wajibkan semua panitia melaksanakan PLC. PLC hendaklah disebar
luas dalam kalangan guru dan boleh dilaksanakan bukan sahaja dalam panitia tetapi dalam
pasukan lain di sekolah (R2)
…Tak sempat nak kumpul semua guru terutama dalam panitia. Biasa buat PLC dalam
kumpulan kecil. Kalau jumpa di mana-mana, sempatlah berbincang (R3).
Langkah mengatasi pelaksanaan PLC di sekolah.
… Pentadbiran sekolah perlu masukkan slot PLC dalam jadual waktu bagi memudahkan
guru menjalankan PLC. Kerjasama antara ahli panitia dan bidang juga membantu
perjalanan PLC di sekolah. Kalau boleh, jadikan PLC sebagai budaya di sekolah bukan
sekadar dokumentasi. (R1)
…Kerap adakan PLC dalam kalangan panitia. (R2)
SYOR CADANGAN
Pentadbir sekolah perlu merancang program PLC untuk guru yang memudahkan
penglibatan mereka dalam kerja berpasukan. Perancangan yang sistematik membawa
implikasi penting dalam mempromosikan budaya pembelajaran yang sahih dan profesional
di sekolah untuk pembangunan kerjaya guru. Oleh kerana sekolah adalah pusat
pembangunan profesional guru (Andrew et al., 2020), pemimpin sekolah bertanggungjawab
untuk memupuk ruang profesional guru sehingga dapat membentuk agensi profesional
guru secara menyeluruh. Pembangunan agensi mempengaruhi keberkesanan dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 264

