Page 340 - e Prosiding Serai 2021
P. 340

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 KEBERKESANAN KAEDAH JADUAL ANSUR MAJU(JAM)  DALAM MENINGKATKAN
                 KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU MURID TAHUN 4 SEKOLAH TAMIL

                                                                              3
                  Revathi Raja Gopal  , Dahlia Janan PhD ., Akma Mat Nawi  ,  Mohd Hafiz Mohamad
                                      1
                                                           2
                                                      4
                                              Tarmizi   dan Azizah  Arsad 5

                                          1,2,3,4,5 Universiti Pendidikan Sultan Idris
                                             revathinathan1103@yahoo.com


                                                       ABSTRAK


               Penyelidikan ini berfokus kepada subtema Bahasa Melayu Wahana Penyampaian Ilmu dalam

               Pendidikan  Kajian  ini  dijalankan  untuk  melihat  keberkesanan  kaedah  Jadual  Ansur  Maju
               (JAM)  bagi      meningkatkan  penguasaan  murid  dalam  kemahiran  membina  ayat  Bahasa
               Melayu.  Reka  bentuk  kajian  ini  adalah  kajian  kuantitatif  menggunakan  kaedah  kuasi

               eksperimental. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tahun empat di sebuah sekolah
               Tamil di Ipoh. Dua kumpulan pelajar telah menerima kaedah pengajaran yang berbeza iaitu

               kaedah  Jadual  Ansur  Maju  (JAM)  bagi  kumpulan  rawatan  dan  kaedah  konvensional  bagi
               kumpulan  kawalan.  Ujian  pra  dan  ujian  pasca  telah  dijalankan  supaya  dapat  mengukur
               pencapian pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan
               antara markah ujian pra dan pasca bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan

               terdapat  perbezaan  yang  signifikan  bagi  pengajaran  menggunakan  kaedah  Jadual  Ansur
               Maju (JAM)  dalam membina ayat yang lengkap dan gramatis berbanding dengan kaedah

               konvensional.  Kajian  ini  mencadangkan  guru-guru  supaya  mempelbagaikan  kaedah
               pengajaran  serta  meningkatkan  pengetahuan  guru  ke  arah  mempelbagaikan  pendekatan
               pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat dengan kreatif dan berkualti agar

               prestasi kemahiran menulis murid dapat ditingkatkan pada masa akan datang.


               Kata kunci:  Kaedah Jadual Ansur Maju(JAM) ,  kemahiran membina ayat , murid sekolah
               Tamil, kaedah konvensional


               PENGENALAN

               Di bawah dasar KSSR ini, semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu telah mengalami
               perubahaan yang drastik. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum

               Bahasa  Melayu  dan  pendekatan  modular.  Kemahiran  bahasa  meliputi  kemahiran  seperti
               kemahiran  mendengar,  kemahiran  bertutur,  kemahiran  membaca  dan  kemahiran  menulis.

               Dalam kajian ini, kemahiran menulis iaitu kemahiran membina ayat ditekankan.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                322
   335   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345