Page 341 - e Prosiding Serai 2021
P. 341

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       Boleh dikatakan bahawa, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang
               unggul  yang  membawa  kepada  kecemerlangan  seseorang  murid  dalam  akademik.

               Kemahiran ini harus diberi penekanan dan dititik beratkan sehingga murid mampu membina
               ayat dengan susunan yang betul serta berkebolehan untuk melahirkan idea, pandangan dan
               pendapat mereka dalam bentuk penulisan sama ada dalam bentuk karangan, sajak mahupun

               cerita. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran menulis, sebagai akibatnya sesuatu yang
               diungkapkan secara lisan mahu pun bacaan tidak dapat dipindahkan dalam bentuk penulisan.

               (Noor Habsah dan Yahya, 2018). Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memperkenalkan pelajar
               bahasa kedua ini dengan pelbagai strategi pembelajaran (Zamri, 2020). Dengan ini, matlamat
               pembelajaran abad-21 akan dapat direalisasikan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang

               menguasai  Bahasa  Melayu  dengan  baik.  Menurut  Loh  Pei  Wen  dan  Zanaton  (2019),
               pengajaran  dan  pembelajaran  kemahiran  menulis  merupakan  satu  cabaran  yang  besar

               kepada kedua-dua pihak sama ada guru mahupun murid.

                       Di  sekolah  Tamil  ,kemahiran  menulis  khasnya  membina  ayat  Bahasa  Melayu

               merupakan salah satu komponen yang penting dalam pembelajaran. Malangnya, komponen
               ini tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya disebabkan beberapa masalah.  Antara masalah
               yang dihadapi oleh murid-murid sekolah Tamil kebanyakannya adalah murid-murid mampu

               menulis  ayat  -  ayat  tetapi  mereka  tidak  tahu  untuk  mengembangkan  ayat  serta
               memanipulasikan perkataan agar menjadi ayat yang gramatis.  Dalam pada itu, murid-murid
               ini kekurangan kosa kata dan tidak tahu membina ayat  dengan teknik yang betul  untuk

               memperoleh  markah  yang  tinggi  dalam  aspek  membina  ayat.    Pandangan  ini  adalah
               berpadanan  dengan  Zahratulnadirah  Ibrahim  (2012),  murid  lemah  dalam  menulis  ayat
               disebabkan penguasaan kosa kata yang terhad. Selain itu, gaya persembahan mereka lebih

               menjurus  kepada  penggunaaan  bahasa  pasar  dan  ayat  tergantung.    Mengikut  Zaliza
               Mohamad Nasir (2017), kekurangan pengetahuan dan kekeliruan murid dalam penggunaan

               sistem bahasa menyebabkan murid lemah dalam penulisan.  Situasi ini menyebabkan murid-
               murid  yang  berada  dalam  kategori  galus  terutamanya  tidak  dapat  mencapai  tahap
               penguasaan  tinggi  semasa  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  dijalankan  selepas  tamatnya

               sesuatu Standard Pembelajaran.

                       Antara  permasalahan  yang  ketara  dihadapi  oleh  guru  dan  murid  adalah  pengaruh

               bahasa pertama terhadap bahasa kedua. Ini dapat dijelaskan di mana murid sekolah Tamil
               berpegang  kepada  bahasa  ibunda  iaitu  Bahasa  Tamil.  Manakala  Bahasa  Melayu  pula
               berperanan  sebagai  bahasa  kedua.  Ini  menyebabkan  penggunaan  bahasa  pertama

               berperanan sebagai bahasa komunikasi serta digunakan sebagai  item pemerolehan ilmu
               pengetahuan. Sehubungan itu, bahasa pertama sering dijadikan sebagai bahasa ilmu  dalam
               proses pembelajaran di sekolah.  Menurut  Zamri (2016), pengaruh bahasa pertama semasa


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                323
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346