Page 342 - e Prosiding Serai 2021
P. 342

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mempelajari Bahasa Melayu dalam kalangan segelintir murid Melayu dan bukan Melayu telah
               mewujudkan  pelbagai masalah dalam sistem bahasa.


                        Secara keseluruhannya, murid SJKT kebanyakannya masih lemah dalam menyusun
               jalin struktur ayat secara sistematik. Kelemahan ini berpunca daripada ketidakfahaman murid

               tentang  penggunaan  sistem  bahasa  yang  wujud  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu.
               Mengikut  Zaliza  Mohamad  Nasir  (2017),  kekurangan  dan  kekeliruan  dalam  penggunaan
               sistem  bahasa  menyebabkan  murid  lemah  dalam  penulisan.  Hujah  ini  disokong  oleh

               A.Rahman  Haron  et.al.,  (2012),  dengan  mengatakan  bahawa  tatabahasa  yang  digunakan
               oleh murid dalam menulis ayat tidak sesuai dan tidak gramatis. Permasalahan seterusnya

               wujud  dari  aspek  penguasaan  kosa  kata  dalam  pembelajaran  Bahasa  Melayu.
               Memandangkan terlalu banyak kosa kata yang perlu dihafal dalam Bahasa Melayu, murid
               sekolah  Tamil  menghadapi  kesukaran  untuk  mengimbas  kembali,  mencari  dan

               menyenaraikan  kosa  kata  yang  bersesuaian  berdasarkan    bahan  grafik  yang  diedarkan
               semasa  PdP  dalam  bilik  darjah.  Kegagalan  mengingat  kembali  kosa  kata  tersebut

               menyukarkan murid untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini menyebabkan mereka hanya
               menggubal ayat - ayat yang tidak standard, tidak tepat mengikut kehendak soalan.


                       Menurut Ibrahim Alfaki (2015), kelemahan dalam struktur ayat merupakan salah satu
               masalah  yang  dihadapi  dalam  penulisan.    Dalam  pada  itu,  didapati  pelajar  menghadapi
               masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata

               tidak disertakan. Murid-murid di sekolah Tamil tidak mahir menggunakan Bahasa Melayu dan
               ini menyukarkan mereka untuk menguasai Bahasa Melayu dengan betul dan tepat. (Abdul
               Rasid Jamian & Arbaie Sujud, 2001).



               HIPOTESIS


                       1.  Tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  antara  markah  pra  dan  pasca  bagi
                       kumpulan yang mengikuti kaedah Jadual Ansur Maju (JAM).


                       2.  Tidak  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  antara  markah  pra  dan  pasca  bagi
                       kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah belajar konvensional .



               SOROTAN LITERATUR

               Umumnya, pelbagi kajian lepas telah dilaksanakan untuk mengkaji kemahiran menulis ayat

               dalam kalangan murid di sekolah rendah.  Pelbagai kaedah dan rumus telah dibincangkan
               dalam setiap kajian bagi meningkatkan prestasi kemahiran menulis di sekolah rendah. Boleh



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                324
   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347