Page 337 - e Prosiding Serai 2021
P. 337

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kepada Allah SWT  dengan berusaha membentuk akhlak yang mulia (al-fadhilah); persiapan
               kehidupan di dunia dan akhirat.

                       Bagi memenuhi tujuan tersebut, setiap manusia hendaklah melalui proses pembelajaran
               dengan membangunkan jiwa, badan, persekitaran dan taufiq untuk menuju alam akhirat yang
               kekal abadi. Proses membangunkan jiwa hendaklah melalui ilmu-ilmu tertentu yang dapat

               menggugah kemampuan berfikir hingga mengenal Tuhan yang maha pencipta. Seterusnya
               proses pembelajaran untuk memperoleh tawfiq berkaitan dengan mendapatkan hidayah dari

               Allah yang berbentuk kebaikan hidup di dunia ini.

               Tunjang Kemasyarakatan

               Belajar untuk hidup bersama-sama (Learning to live together) dikaitkan dengan belajar untuk
               hidup bermasyarakat. Menurut Nu′tih Kamalia (2015) Imam al-Ghazali digambarkan sebagai

               seseorang  yang  sentiasa  berusaha  membangunkan  diri  dengan  kepribadian  akhlak  mulia
               yang  membolehkannya  berinteraksi  dengan  orang  lain  dengan  baik  hingga  mampu
               memfungsikan  pengetahuan  intelek,  emosi,  rohani  secara  bersepadu  dan  komprehensif.

               Tujuan  pendidikan  di  dalam  Islam  hendaklah  difokuskan  kepada  usaha  mengembangkan
               seluruh  potensi  yang  dimiliki  seseorang  ke  arah  perkembangan  yang  sempurna,  iaitu
               perkembangan  tubuh  badan  yang  sihat,  pengembangan  intelek,  emosi  dan  rohani  bagi

               mempersiapkan diri boleh hidup di dalam masyarakat.
                       Bagi  pandangan  Ibn  Khaldun  (2006)  manusia  dicipta  oleh  Allah  secara  prinsipnya
               membawa ciri-ciri sebagai makhluk politik yang mempunyai matlamat untuk membina sebuah

               organisasi  sosial  yang  bercirikan  madani  atau  kota.  Setiap  individu  tidak  mampu  hidup
               keseorangan, akan tetapi sentiasa mempunyai kecenderungan untuk hidup menyatu dengan

               masyarakat.  Apabila  seseorang  individu  telah  menjadi  anggota  kepada  sesebuah
               masyarakat,  seseorang  itu.  Kehidupan  dibina  melalui  hubungan  yang  saling  sayang
               menyayang atau sebaliknya akan melalui perselisihan hingga membawa kepada kesatuan

               atau  perpecahan.  Persefahaman  yang  diikat  melalui  pengiktirafan  peranan  setiap  individu
               dalam  sesebuah  masyarakat  untuk  menerima  peranan  kepimpinan  dan  pengikutan.

               Kehidupan mereka akan diatur dan diurus melalui kegiatan politik yang dibimbing oleh akal
               fikiran  untuk  mengambil  kebaikan  bersama  setelah  setiap  individu  memainkan  peranan
               masing-masing.
                       Sehubungan  dengan  itu,  Ibn  Khaldun  (2006)  melihat  pendidikan  bertujuan

               mengoptimamkan pertumbuhan dan perkembangan setiap potensi individu sebagai kerangka
               kepada  pertumbuhan  dan  perkembangan  tamadun  (al-‘Umran).  Pendidikan  merupakan

               bahagian  yang  tidak  dapat  dipisahkan  dari  tamadun  yang  merupakan  isi  dan  matlamat
               pendidikan  yang  akhirnya  akan  membentuk  kebudayaan  (al-thaqafat).  Dengan  kata  lain,
               kebudayaan terbentuk sebagai hasil kecenderungan semula jadi manusia untuk bekerja sama


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                319
   332   333   334   335   336   337   338   339   340   341   342