Page 335 - e Prosiding Serai 2021
P. 335

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       ii. Belajar apa yang perlu  - melengkapkan orang untuk jenis kerja yang diperlukan
                       sekarang  dan  pada  masa  akan  datang  termasuk  inovasi  dan  penyesuaian

                       pembelajaran dengan persekitaran kerja masa depan.
                       iii. Belajar untuk hidup bersama-sama- secara aman menyelesaikan konflik, menemui
                       orang lain dan budaya mereka, memupuk keupayaan komuniti, kecekapan individu

                       dan keupayaan, daya tahan ekonomi, dan isu sosial
                       iv.  Belajar  untuk  menjadi  insan-  Pendidikan  menyumbang  kepada  pembangunan

                       lengkap seseorang: minda dan badan, kecerdasan, kepekaan, penghargaan estetik
                       dan kerohanian


               KERANGKA KAJIAN






























               Rajah 1
               Kerangka Kajian Berdasarkan Empat Tunjang PPSH


               METODOLOGI KAJIAN

               Rekabentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif dan disokong dengan kajian kualitatif. Populasi

               dan sampel kajian terdiri daripada pihak pengurusan dan pensyarah di IPGKDRI. Dari segi
               pengumpulan data, kajian ni menggunakan  soal selidik (Google Form)  dan temubual. Semua
               data yang diperoleh dan dikumpulkan akan diproses menggunakan perisian SPSS versi 27.


               Tunjang Asas Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

                PSH dilihat sebagai faktor penting dalam pengisian program dan aktiviti PSH di IPG. Delors
               (2013)  menjelaskan  PSH  ditentukan  dengan  memberi  perhatian  kepada  makna
               pembelajaran, iaitu; belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk melakukan


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                317
   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339   340